________________________________

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU 
Posted in bebas by Rudy 
http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua 
Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. 
InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang 
menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. 
Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
 
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan 
rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang 
menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada 
sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah 
bagi mee.
 
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas 
tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini 
yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil 
pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang 
yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi 
mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
 
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan 
udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, 
pakaian pekerja berkenaan.
 
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh 
bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
 
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak 
tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
 
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor 
anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
 
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala 
pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
 
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama 
dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak 
geragau yang sedang dijemur tersebut.
 
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan 
D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..
 
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah 
kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa 
sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu 
makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita 
gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat 
perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


      New Email names for you! 
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. 
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

Kirim email ke