Isu cepat kaya hanya patut difokuskan kepada segelintir bilangan kecil, yang 
berjaya menjadi cepat kaya. Seorang broker harta tanah yang pandai 
memanipulasikan harga pasaran, akan mudah mendapat laba yang besar dalam masa 
singkat, dan cepat menjadi kaya. Banyak lagi situasi yang boleh membawa kepada 
situasi cepat kaya, dan saya memang faham maksud anda semua bahwa memang ada 
skim-skim permainan permodalan wang, pendepositan wang, dengan tujuan membawa 
pulangan wang yang lebih besar berbanding dengan jumlah modal wang yang 
dibayar, didepositkan, atau dilunaskan..
 
Belum ada sepanjang hayat saya mengalami situasi hari ini bayar RM50 esok atau 
seminggu boleh dapat RM5000 bersih hak mutlak, tanpa melakukan sebarang apa 
pun. Istilah cepat kaya yang disebar-sebarkan merupakan lambang kepada satu 
cemuhan, satu penghinaan kepada mereka yang mengharap bantuan kewangan secara 
senang dan mudah yang boleh didapati melalui skim-skim pengumpulan dan 
pengagihan wang dalam masyarakat.
 
Cuba difikir, mereka yang melabur dalam skim pasaran komoditi, pasaran 
kewangan, mengapa tidak anda golongkan mereka sebagai terlibat dalam skim cepat 
kaya. Padahal sama saja. wang yang terhasil adalah kerena situasi perubahan 
dalam pengumpulan dan pengagihan wang dalam sistem ekonomi sesuatu komuniti 
itu. Mereka hanya perlu beli dan jual. Lebih hebat terkena batang hidung, jika 
saya mengupah seorang agen pelaburan untuk menguruskan segala urusan jual beli 
saham itu, tanpa perlu sebarang USAHA saya. Bukankah itu mendapat laba dari 
sesuatu pelaburan tanpa sebarang usaha. Cepat kaya?
 
Atau perlu kita tafsirkan semula, apa itu sebenarnya skim cepat kaya. Atau 
masihkah kita mahu kekalkan ianya sebagai satu istilah melabelkan sesuatu 
kesalahan cara pencarian wang, cara mendapatkan wang, Atau masihkah kita mahu 
menjadi wira, pahlawan mistik, konon memperjuangkan hak-hak mereka yang gagal 
dalam skim permodalan wang itu, yang merubah istilah gagal kepada tertipu, 
supaya skim-skim yang wujud yang banyak membantu kehidupan sejagat ini 
dihapuskan. Bagi saya jika tiada usaha, membawa gagal. Bagi saya jika tamak, 
banyak musibah menunggu didepan sana. Bagi saya kalu nak cepat senang, memang 
nak cepat susah. Bagi saya sifat amanah itu pertama dalam mencari kesenangan 
hidup,
 
Awasi perkataan saya dalam isu permodalan wang ini, iaitu senang dan mudah, 
BUKAN tanpa sebarang usaha.... ertinya, pendapat saya masih logik dan relevan, 
Hanya usaha sahaja membuahkan hasil, tanpa usaha tiada hasil yang timbul. 
Barangkali anda yang tidak bersetuju dengan pemainan, pengumpulan dan 
pengagihan wang dalam komuniti ini yang sebenarnya menunggu wang atau rezeki 
bergolek hingga ke muka pintu. Nah.. itu baru rezeki dari Tuhan agaknya.
 
Ada berbagai cara dan berbagai sistem wujud yang menjanjikan pulangan seperti 
yang diharapkan. Namun janji tidak semestinya ditepati. Risiko tetap terbit 
dalam sebarang janji. Dan yang jarang disedari ialah, risiko yang terbabit 
itulah yang sebenarnya mengusulkan sesuatu janji. Kenapa kita berjanji dengan 
rakan, atau mengapa kita minta janji atas sesuatu daripada seorang rakan. Pasti 
kita ketahui kemungkinan-kemungkinan yang tidak menggalak kepada terhasilnya 
sesuatu penyelesaian, maka itu kita minta atau diminta berjanji untuk 
memastikan terhasilnya sesuatu penyelesaian itu.
 
Dari konsep itu kita sedar bahwa, ada dua belah pihak yang saling mengharap 
atau bergantung atau bersandar diantara mereka, mungkin satu pihak mengharapkan 
gerak kerja dari pihak yang lagi satu, dan pihak itu pula mengharap modal dari 
pihak yang awal tadi. Maka berlaku perjanjian, persefahaman, atau ijab akur 
janji antara keduanya itu. Keadaan begini memang biasa dalam dunia ekonomi kita 
sekarang.
 
Tetapi ada pula sistem yang tidak menawarkan hakiki dua pihak itu, Ianya 
menawarkan sistem penglibatan terus seseorang individu itu kepada komuniti atau 
masyarakat atau orang ramai atau warga kerja atau rakyat Malaysia sejagat atau 
seantero dunia. Tiada janji. Tiada kontrak. Dan kejayaan adalah hasil usaha 
sendiri. Ya, saya sedang membincangkan permodalan wang, pendepositan wang. 
Lebih banyak seseorang itu berusaha, lebih banyak hasil yang diraih. Dan kalau 
ada isu penipuan, ianya hanyalah menipu DIRI SENDIRI. Dan jika ada isu gagal, 
ianya memang dicari, bukan ditimpa atau terjerumus atau didatangi kegagalan.
 
Jika begitu, apalah risikonya. Satu saja risikonya, iaitu aduan orang ramai. 
Orang ramai yang tidak sanggup melihat orang lain berusaha mencari pendapatan 
tambahan untuk menampung kehidupan - BUKAN nak kaya. Orang ramai yang 
menganggap, yang hitam itu pasti manggis dan yang berambut itu pasti jagung dan 
yang berekor itu pasti gajah. Yang hanya melihat bahwa orang sekeliling hanya 
wujud untuk menipu orang di sebelahnya. Yang sering menang SORAK sehingga 
kampung tergadai. Lihat sekeliling, apa yang saya sebut tadi adalah semata-mata 
kriteria orang Melayu sekarang. Kita diberi gambaran oleh orang Melayu itu 
sendiri, bahawa orang Melayu tidak akan berjaya. Kita diasuh pula dengan 
idea-idea memberontak. Saya hanya terkilan jika Raja-Raja Melayu tidak dapat 
melindungi orang-orang Melayu yang di ceruk kampung, yang daif dalam percaturan 
politik.
 
Mengapa jadi begitu, Sebab kita tidak punya WANG, hanya sibuk dengan cerita 
orang lain penuh rasuah, orang lain salah guna kuasa. Tiada yang sibuk pun 
bahawa kita tiada kuasa dalam ekonomi. Bahkan masih bersandar kepada 
pemerintah, dan inilah yang didokong, diteruskan, supaya apabila tiada 
pemerintah, tiadalah tempat untuk bersandar, supaya terjuallah apa juga 
harta-harta orang Melayu. Gelaplah masa depan anak-anak Melayu.

Dan tidak hilang Melayu didunia iaitu Dunia Hiburan.

Maka itu, seharusnya dibantu mereka-mereka yang memerlukan pendapatan 
sampingan, pendapatan lebih. Sokong Network Marketing, Sokong Direct Selling, 
Sokong MLM. Tingkatkan EKONOMI keluarga anda. Kaum pendatang dari negara luar 
mampu menjadi contoh, Lupakan yang melalaikan. Awasi MASA DEPAN keluarga anda, 
anak-anak anda.



Kirim email ke