Assalamualaikum,

Pertamanya, bersyukur kehadrat Illahi kerana kita masih lagi sempat merasai 
kerahmatan Bulan Ramadhan pada tahun ini.

Kedua, syukur sekali lagi kerana akhirnya selepas 12 tahun saya berada di 
perantauan org, samada belajar dan bekerja, akhirnya saya kembali ke tanah 
negeri tercinta, Kelantan darul Naim.

Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya sekarang bekerja di semi 
gomen di sini. Dan saya ditugaskan untuk mendapatkan quotation laptop Hewlett 
Packet (HP) sebanyak lebih kurang 15 laptop untuk kegunaan pejabat.

Diharap kepada mana-mana peniaga dan pembekal laptop mahupun PC, boleh email 
kepada saya mengenai company anda. Saya tiada info mana-mana pembekal laptop 
disini kerana selama ini saya bekerja sama dgn pembekal laptop di KL. Jadi 
inilah masanya untuk saya bukakan peluang perniagaan untuk warga Kelantan 
khususnya.

Diharap dapat sebarkan perkara ini pada mana-mana rakan anda yg boleh bekalkan 
laptop. Harga yg menarik serta servis yg bagus, akan menjadi pembekal utama 
company ini dimasa akan datang.

Regards,
Nik Ramzi Abdul Samad



      

Kirim email ke