harap dari masa ke semasa,tlg update masa,tarikh dan bayaran yg dikenakan...


--- On Fri, 1/1/10, tengku atirah laili tengku abdullah 
<atirah_la...@yahoo.com.my> wrote:

From: tengku atirah laili tengku abdullah <atirah_la...@yahoo.com.my>
Subject: { KELANTAN-KITA } teater 'menunggu kata dari Tuhan" [1 Attachment]
To: kelantan-kita@yahoogroups.com
Date: Friday, January 1, 2010, 8:57 PM







 



  


    
      
              
        [Attachment(s) from tengku atirah laili tengku abdullah included below]
        
      
       
 
 
Malam Aprisiasi Seni (MAS), 
Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus
Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater 
“MENUNGGU
KATA DARI TUHAN”
 

“Dan
terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga
apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa
mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa
tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, 
Allah
menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya
Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)
 

Skrip Menunggu Kata Dari
Tuhan (MKDT)  ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang
tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa
seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian
yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.
 

 Antara  tarikan yang akan  membawa anda menonton pastinya kerana Sabri
Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan 
‘rasa’ selama 45 minit tanpa henti.
Kehadiran Sani Sudin yang menjadi
pemuzik ‘live’ sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya
menyampaikan ‘rasa’ Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan 
hummingnya…
 

Teater ini adalah teater rasa yang  dialami oleh Ka’ab
yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun
pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi
berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam
perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang
paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad
SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian 
cuba dikongsi dengan penonton.
 

Pengarah     :
Dinsman 

Pelakon        :
Sabri Yunus 

Pemuzik      :
Sani Sudin(kopratasa)
untuk urusan tiket,akan diberitahu kemudian.


 
 
 


        Open emails faster. 
 Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 
optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)

    
     

    
    


 



  






      

Reply via email to