Assalamualaikum


----- Forwarded Message ----

Sent: Thu, February 11, 2010 12:17:42 PM
Subject:  Masa singkat tanda kiamat

   
MEGA: Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 
1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa 
yang terlalu pantas ini?

ZURIDAN: Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, 
minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini 
kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010. 

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia 
sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis 
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: 
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun 
dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu 
dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam 
dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan 
dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita. 

Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak 
kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu 
diajukan. 

Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak 
kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar 
apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah 
dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai 
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang 
memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok 
(akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa 
yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada 
Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah 
orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan 
penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang 
benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun?

ZURIDAN: Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. 
Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan 
sudah menjadi lambat.

Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit 
kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya.

Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah 
saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda 
bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang 
memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut. 

Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai 
bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah 
menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal. 

Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah 
tiada noktahnya. 

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul 
fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, 
Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan 
demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)

Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT?

ZURIDAN: Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan 
begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr di atas.

Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan 
mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan 
aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu. 

Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya 
sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai 
manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).

Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada 
wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan 
dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu. 

Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik 
dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya 
munajat kepada Allah SWT. 

Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu 
mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak!

Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat 
dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima 
perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat 
sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". 
(riwayat Al-Hakim).

Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan 
solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam 
menangisi dosaku di hadapan Allah? 

Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? 
Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat 
dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?

Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut 
tahun baru.

Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap 
tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi 
begini?

ZURIDAN: Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih 
segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya 
digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku 
hari ini. 

Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut 
ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit.

Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi 
Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin 
mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata 
Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah 
permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka 
hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat 
maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat 
maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang 
untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk 
mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu 
ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku 
bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah 
lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan
 yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan 
dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".

Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. 
Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala 
tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik. 

Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang 
semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering 
dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga 
dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'.

Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri 
kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di 
tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu 
majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah. 

Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya 
inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di 
pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat 
dimulakan tepat pada waktunya. 

Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah 
sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan dalam memulakan sesuatu majlis

________________________________

Click here to get emails from webgroup

________________________________
 
 


      

Kirim email ke