PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! by Mohd Azaharin Muda on Sunday, 
September 18, 2011 at 8:05pm 

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan 
kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di 
stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak 
selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen 
tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan 
memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke 
dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi 
minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan 
isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan 
tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam 
kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu 
terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan 
menuduh dia menipu. 

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan 
teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia 
telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi 
belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut 
terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu 
telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes 
baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng 
jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan 
seorang wanita .. 

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan 
menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen 
minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki 
/ buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan 
mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke 
dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, 
orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin 
masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat 
sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah 
situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan 
dicerai-ceraikan! 

Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta 
sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan 
individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. 
Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out 
there and also men who love their ladies!!!..


bedoqstar

Kirim email ke