Kami adalah anak syarikat Universiti Sains Malaysia yang bertanggungjawab dalam 
mengkomersialkan sumber-sumber intelektual, saintifik dan fizikalnya. Kami 
mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan 
seperti berikut:
 
 
PEMBANTU AKAUN 
(Pulau Pinang)
 
Bidang Tugas:
 
·       Menyediakan invois, cek, resit dan penyata penyesuaian bank.
·       Mengemaskini dan menfailkan data.
·       Memasukkan data transaksi ke sistem perakaunan ACCPAC dan UBS. 
·       Menyediakan jadual pembayaran, laporan bulanan akaun dan penyata 
perbelanjaan.
·       Membuat tindakan susulan berhubung invois yang tidak dibayar oleh 
pelanggan.
 
 
Kelayakan:
 
·       Minima Diploma dalam bidang Perakaunan, LCCI atau yang setara 
dengannya.  
·       Mempunyai satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang perakaunan.
·       Boleh menyediakan perakaunan penuh.
·       Boleh menggunakan perisian perakaunan ACCPAC, UBS dan Microsoft Office.
·       Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
·       Boleh bekerja sendiri tanpa pengawasan dan dapat menyelesaikan tugasan 
mengikut tarikh akhir  yang ditetapkan. 
 
Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume yang lengkap dengan no. 
telefon  beserta gambar bersaiz passport terus ke alamat berikut: 
 
Eksekutif Sumber Manusia  & Pentadbiran Kumpulan
Usains Holding Sdn Bhd 
Kompleks EUREKA
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
email : hali...@usainsgroup.com  atau halisah_ah...@yahoo.com
 
Tarikh tutup permohonan :  14 Februari 2012
 Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk ditemuduga

Kirim email ke