Assalamu'alaikum wr wb
 
Insya Allah siapa yang paling banyak berslawat atasku dia yang paling pertama mendapat syafaatku, yang kedua terbanyak menjadi yang kedua. Lebih baik mendengar apa kata sahabat dan tabiin dan apa kata Imam Madzhab daripada mendengar apa kata Ulama Wahabi Salafi tentang salawat dan Mawlid Nabi saw. Salahudin al Ayubi yang memenangkan 7 kali perang salib beliau adalah salah satu kekasih Allah yang menghidupkan salawat dan Mawlid atas Nabi saw, dan Allah swt serta Nabi saw senang dan ridho atas beliau.
 
Bila saja kita berniat membaca salawat 100x sehari, maka Allah membebaskan kita dari api neraka, Insya Allah dia yang suka bersalawat juga akan menyenangi Mawlid Nabi saw. ketika kita memulai bersalawat atas Nabi saw, dan Nabi pun ridho kepada kita, maka Allah pun akan ridho, yang keridhoannya ini akan memindahkan tempat kita dari semula membenci Mawlid akan menjadi orang yang menyenangi mawlid dan menambah2 salawat atas nabi Muhammad saw, Insya Allah. Akan sulit bermimpi bertemu Nabi saw apabila kita membenci orang yang cinta akan Mawlid dan Solawat nabi. Padahal bermimpi bertemu Rasulullah saw merupakan kenikmatan yang tiada bandingannya didunia ini, Insya Allah mendapat syafaat eliau dihari Mahsyar nanti.
 
wassalam, arief
Note : kami lampirkan beberapa tulisan mengenai Mawlid, yang sebenarnya pernah diposting sebelumnya, Insya Allah yang ingin mengetahui keseluruhan tulisan engenai solawat dan mawlid silahkan akses http://mevlanasufi.blogspot.com

 
MAULID Nabi Saw
Sheikh Ustaz Ashaari Muhammad
 
Apakah kata2 sahabat-sahabat dan tabi'in-tabi'in tentang amalan-amalan Maulid ini. Untuk itu kita lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro 'Alal'Alami yang ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah Shabuddin Ahmad ibnu Hajar Al Haitami Asy Syafie pada muka surat 7 :
 
Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq, "Barangsiapa membelanjakan satu dirham atas membaca Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di dalam Syurga."
 
Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa membesar-besarkan Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia menghidupkan Islam."
 
Sayidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa membelanjakan satu dirham ke atas Maulidin Nabi maka seolah-olahnya dia telah syahid di dalam peperangan Badardan Hunain."
 
Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, "Barangsiapa membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah iaitu sebagai sebab bagi bacaannya itu, dia tidak akan keluar daripada dunia ini melainkan dengan iman dan masuk ke syurga tanpa hisab (perhitungan).
 
Hassan Al Basri r.a. berkata, "Jikalau adalah bagiku seumpama gunung Uhud emas, nescaya aku akan membelanjakannya ke atas bacaan Maulid Nabi SAW."
 
Junaid Al Baghdadi menyebut pula, "Barangsiapa hadir di dalam majlis Maulidin Nabi SAW dan membesar-besarkan nilainya, maka sesungguhnya ia telah berjaya dengan iman."
 
Seterusnya berkata pula Ma'aruf Al Khurkhi,  Barangsiapa mendatangkan makanan bagi tujuan bacaan maulidin Nabi SAW dan mengumpulkan saudara-saudara dan menghidupkan pelita dan memakai pakaian baru dan berwangi-wangian sebagai membesarkan bagi Maulidin Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari kiamat, di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi. Dan tempatnya adalah di tempat yang tertinggi."
 
Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, "Barangsiapa yang membaca Maulid Nabi SAW atas garam, biji-bijian atau sesuatu yang lain melainkan akan zahir padanya berkat daripada benda itu." Selanjutnya, sesiapa yang memakan makanan tadi, maka Allah SWT menyempurnakan dan menghilangkan kegelisahan darinya. Dan jika dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air, maka sesiapa yang minum air tersebut telah masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan rahmat, dan telah keluar daripadanya seribu kesusahan dan penyakit. Dan tidak mati hati itu ketika hari matinya hati-hati." - Fakhruddin Ar Razi adalah pengarang besar Tafsir Ar Razi.
 
Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan, Barangsiapa berkumpul kerana majlis Maulidin Nabi SAW dengan mendatangkan makanan dan tempat serta membuat baik dan jadilah sebagai sebab bacaan itu, Allah SWT membangkitkannya pada hari kiamat kelak berserta para siddiqin dan syuhada, para solehin dan adalah dia di dalam syurga An Na'im."
 
As Sariyus Saqatti pula berkata, "Barangsiapa yang berkehendakkan tempat dibacakan padanya maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia berkehendak "raudhah" (taman daripada taman-taman syurga), kerana sesungguhnya, tidaklah dia berkehendakkan tempat itu melainkan cintanya kepada Nabi SAW."Rasulullah SAW ada bersabda yang berbunyi ; "Barangsiapa mencintaiku, adalah dia bersama-samaku di dalam syurga."
 
Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti berkata juga, "Dan telah bercahaya-cahaya kubur siapa-siapa yang membaca Maulid Nabi SAW." Kitab Al Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada menyebut, "Tidaklah satu tempat dibacakan Maulid Nabi SAW melainkan dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang yang ada di tempat tersebut. Dan Allah SWT juga telah memberikan rahmat dan keredhaan-Nya. Dan yang memberikan cahaya itu ialah malaikat Jibrail,Mikail, Israfil dan Izrael. Maka sesungguhnya mereka itulah yang menselawatkan ke atas orang-orang yang membacakan maulid Nabi SAW itu."
 
Kata Imam As Sayuti lagi, "Tidak adalah daripada muslim itu membaca Maulidin Nabi SAW itu di dalam rumahnya melainkan Allah SWT angkat kemarau wabak, kebakaran, karam, kebinasaan, kecelakaan, kebencian, hasad dan pendengaran yang jahat dan pencuri daripada ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari  Munkar dan Nakir.
 
Dan adalah dia ditempatkan di dalam tempat para siddiqin dan di sisi raja-raja yang berkuasa. Maka barangsiapa hendak membesarkan Maulidin Nabi SAW memadai akannya dengan kadar ini. Dan barangsiapa tidak membesarkan Maulid Nabi SAW, jikalau engkau telah memenuhi baginya dunia ini bagi memujinya, maka hatinya tidak digerakkan untuk mencintai Nabi SAW."
 
Tidak syak lagi bahawasanya Maulid ini adalah merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Amalan yang bernilai di dunia dan akhirat. Sebab itulah ia menjadi amalan pewaris-pewaris agama (yakni ulama-ulama) yang benar-benar cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
 
SHALAWAT ATAS NABI SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM (1/2)
 
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
 
Persoalan shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bukan hanya persoalan ibadat tambahan yang mungkin dianggap sebagai suatu amalan sunat; kalau dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan tidak berdosa. Sebenarnya kedudukan shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam itu adalah merupakan rangkaian daripada iman dan islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala  yang tafsirnya :
 
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bershalawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw), wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".
 
Maka menurut apa yang difahami bahawa ayat ini menyatakan bahawa bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam itu adalah suatu daripada rangkaian iman dan islam yang wajib disempurnakan oleh orang-orang Islam dengan sebaik-baik dan sesempurnanya.
 
Ibnu Hajar di dalam kitabnya "Az-Zawajir" berkata; "Tidak bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ketika mendengar orang menyebut namanya adalah merupakan dosa besar yang ke-enam puluh".
 
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :"Apakah tidak lebih baik saya khabarkan kepada kamu tentang sebakhil-bakhil manusia? Para sahabat menjawab: Baik benar, ya Rasulullah. Maka Nabi pun bersabda: Orang yang apabila disebut namaku di hadapannya, maka ia tidak bershalawat kepadaku". (Hadith riwayat At-Tirmidzi)
 
Pengertian Shalawat.
 
Dalam shalawat kita memuji-muji Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Dari segi bahasa pula, shalawat bererti doa serta permohonan rahmat daripada Allah.
 
Ayat 56 di dalam Surah Al-Ahzab yang kita sebutkan sebelum ini menjelaskan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikatNya bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. Jadi apakah maksud dari shalawat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan shalawat para malaikat itu? Sebenarnya terdapat perbezaan maksud di antara shalawat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan shalawat para malaikat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.
 
Abu Al-'Aliyah menafsirkan shalawat Allah kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dengan "ath-thana'" yang bererti pujian terhadap Baginda. Sedangkan shalawat para malaikat ditafsirkan dengan doa mereka kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam. Penafsiran ini ada disebutkan juga oleh imam Al-Bukhari di dalam kitabnya "Shahih Al-Bukhari".
 
Setelah menyebut tentang penafsiran Abu Al-'Aliyah, imam Al-Bukhari menukilkan pula penafsiran Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma iaitu: shalawat para malaikat bererti memohon kepada Allah agar Dia memberikan barakah kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sedangkan shalawat Allah kepada NabiNya ditafsirkan dengan pengampunan dan kasih sayang. Sementara itu makna "taslim" kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam ayat 56 Surah Al-Ahzab itu pula ialah keselamatan, maksudnya memohon kepada Allah agar memberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam dari segala kekurangan di dalam dakwahnya, umatnya dan pengingatannnya.
 
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah banyak menerangkan tentang bagaimana bershalawat kepada Baginda. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari di dalam kitabnya dalam bab "Al-Anbiya'" dari Abdul Rahman bin Abu Laila dia berkata: "Ka'ab bin 'Ujrah pernah bertemu dengan saya, lalu berkata: Mahukah kamu jika aku hadiahkan kepadamu sebuah hadiah yang aku dengar dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam?
 
Kemudian aku menjawab: Ya, saya suka hadiah itu. Lalu Ka'ab bin Ujrah berkata: Pada suatu ketika aku pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: Ya Rasulullah, bagaimana Ahlul Bait bershalawat kepadamu? Dan Allah telah mengajar kami bagaimana untuk bersalam. Apabila mendengar pertanyaan itu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: Katakanlah begini:
 
Maksudnya: "Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Maka sesunggguhnya Engkau adalah zat yang Maha Terpuji dan Maha Mulia. Ya Allah, berikanlah barakah kepada Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim. Maka sesungguhnya Engkau adalah zat yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia".
 
Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan hadith yang lebih kurang sama di dalam kitabnya dalam bab yang lain (babTafsir Surah Al-Ahzab),
sebagaimana berikut: Maksudnya: "Dikatakan: Ya Rasulullah, mengenai salam kepadamu, kami telah mengetahuinya. Kemudian bagaimanakah bershalawat kepadamu? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: Ucapkanlah: Ya Allah, berikanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan shalawat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Ya Allah berikanlah barakah kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
 
Hadith yang sama juga ada diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam
kitabnya "Shahih Muslim" di dalam bab "Ad-Da'awat". Menurut pendapat Ibnu Hajar di dalam kitabnya "Fath Al-Bari" bahawa inilah di antara hadith-hadith yang menerangkan tentang bagaiman cara untuk bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dan inilah cara bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang paling utama. Shalawat ini juga merupakan shalawat yang terlengkap yang pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kerana di dalamnya terkumpul shalawat kepada Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga Baginda, kepada Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan keluarganya.
 
Menurut imam An-Nawawi pula shalawat yang paling baik adalah shalawat yang dinyatakan di dalam hadith berikut  :  Maksudnya : "Barangsiapa berkeinginan untuk menimbang dengan timbangan yang lebih sempurna jika dia bershalawat terhadap kami, maka dia hendaklah berkata: Ya Allah, berikanlah shalawat kepada Nabi Muhammad, isteri-isteri Baginda yang merupakan ibu-ibu orang-orang mukmin, zuriat dan ahli baitnya, sebagaimana Engkau telah memberikan shalawat kepada Ibrahim berserta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".  (Hadith riwayat Abu Daud)
 
Sehubungan dengan cara untuk bershalawat ini, perlu disentuh juga adab kita apabila menyebut nama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam atau apabila mendengar orang lain menyebut nama Baginda. Adalah menjadi kebiasaan para ulama Salaf, yang di antaranya adalah para ulama hadith, jika menyebut atau mendengar nama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, mereka selalu bershalawat dan bersalam kepada Baginda. Ada dua lafadz yang sering mereka ucapkan dalam bershalawat dan bersalam itu iaitu:
 
Pertama: Maksudnya: "Semoga Allah memberikan shalawat dan salam kepada Baginda".
Kedua: Maksudnya: "Kepada Baginda shalawat dan salam".
 
Para ulama hadith telah berwasiat kepada umat Islam agar selalu
berusaha untuk menjaga kedua lafadz tersebut secara sempurna kerana Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:  Maksudnya: "Hinalah seseorang yang ketika disebutkan namaku, dia tidak bershalawat kepadaku".(Hadith riwayat At-Tirmidzi)
 
SHALAWAT PADA RASULULLAH
Dikisahkan, ada seseorang melihat satu makhluk  yang sangat jelek di padang sahara. Lalu dia bertanya,"Siapakah kamu?' "Aku amalan jelekmu," jawab makhluk itu. "Apa yang dapat menyelamatkanku darimu?" "Shalawat kepada Nabi Saw., sebagaimana sabda beliau,
"Shalawat itu berada di atas cahaya, di atas ash-shirath. Barangsiapa yang bershalawat kepadaku pada hari Jum'at sebanyak delapan puluh kali, Allah akan mengampuni dosa-dosanya selama delapan puluh tahun."
Kisah lain, ada seseorang yang tidak pernah bershalawat pada junjungan kita, Muhammad Saw. Pada suatu malam, ia bermimpi bertemu dengan Nabi Saw.Beliau tidak menoleh kepadanya. Oleh karena itu dia bertanya, "Ya Rasulullah, apakah Anda marah kepada
saya?" "Tidak," jawab Nabi Saw. "Lalu mengapa Anda tidak memandang saya?" "Karena aku tidak mengenalmu." "Bagaimana Anda tidak mengenal saya, padahal saya termasuk umat Anda? Para ulama mengatakan bahwa Anda lebih mengenal umat Anda daripada seorang ibu mengenal anaknya."
"Mereka benar, tetapi engkau tidak mengingatku dengan shalawat. Sebab aku mengenal umatku menurut kadar shalawat mereka kepadaku."
Setelah terbangun, orang itu mewajibkan dirinya selalu bershalawat kepada Nabi Saw seratus kali sehari. Selang beberapa waktu ia bermimpi lagi bertemu Rasulullah Saw. Beliau berkata, "Kini aku mengenalmu dan aku memberikan syafaat kepadamu,  karena engkau telah menjadi pecinta rasul."
 
Dikutip dari: Menyingkap Hati, Menghampiri Ilahi
bersama Imam al-Ghazali.(asses, 020530)


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila terus diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to