Ass Wr Wb

Silahkan ditunggu kelanjutannya, namun, tolong isinya jangan menjadi
hujadan.
Semoga kita semua bisa mengambil hikmah dari informasi tersebut...
Bagi yang akan mengomentari dan berisi bantahan juga silahkan,
ditunggu juga, agar kita bisa seimbang mengambil datanya...

wassalam,
dodi

--- In keluarga-islam@yahoogroups.com, "Safira" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> Puak Wahabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahamannya 
> dinisbahkan kepada bapanya iaitu Abdul Wahab. Dalam fiqh, mereka 
> berpegang kepada Mazhab Hanbali yang disesuaikan dengan tafsir Ibnu 
> Taimiyah laknatullah. 
> 
> Dalam kitab Munjid ternyatalah bahawa fahaman Wahabi itu adalah 
> penerus faham Ibnu Taimiyah yang sesat lagi menyesatkan , bahkan 
> lebih fanatik dan radikal daripada Ibnu Taimiyah sendiri. 
> 
> Dalam kitab Kasfus Syubahat karangan ulama-ulama Wahabi, cetakan An 
> Nur di Najd, diceritakan sejarah ringkas fahaman Wahabi begini: 
> 
> Muhammad bin Abudul Wahab berasal dari qabilah Bani Tamim yang lahir 
> pada 1115H dan wafat pada tahun 1206H. Dia mendapat pelajaran agama 
> di Mekah dan Madinah. Di antara gurunya di Mekah terdapat nama 
> Syeikh Muhammad Sulaiman Al Kurdi, Syeikh Abdul Wahab (bapanya 
> sendiri) dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. 
> 
> Muhammad bin Abdul Wahab ini ketika mudanya banyak membaca buku 
> karangan Ibnu Taimiyah dan lain-lain pemuka yang tersesat. 
> 
> Dia mula menyiarkan fatwa-fatwanya yang ganjil di negerinya sendiri 
> iaitu di 'Ain yah tetapi penguasa negeri itu iaitu Uthman bin Ahmad 
> bin Ma'mar telah mengusirnya dan berusaha membunuhnya. 
> 
> Kemudian ia berpindah ke Dur'iyah dan penguasanya adalah Muhammad 
> bin Saud yang sanggup menolong Muhammad bin Abdul Wahab untuk 
> menyebarkan fatwa-fatwanya yang sesat. maka bersatulah 2 orang 
> Muhammad yang berlainan kepentingan. 
> 
> Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong 
> penyiaran fahamannya yang baru dan Muhammad bin Saud pula memerlukan 
> seorang "ulama" yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang 
> keras demi memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya. 
> 
> Muhammad bin Abdul Wahab pernah menghantar delegasi ke Mekah dan 
> menyiarkan fatwanya yang ganjil tetapi Syarif Mekah di waktu itu 
> iaitu Syarif Mas'ud menangkap orang-orang ini bahkan membunuh 
> sebahagiannya tetapi Muhammad bin Abdul Wahab dapat melarikan diri 
> dan memberi laporan kepada Raja Saud. Sejak itu, lahirlah permusuhan 
> di antara kaum Wahabi di Mekah dengan Syarif di Mekah. 
> 
> Muhammad bin Abdul wahab memfatwakan bahawa orang di Mekah itu 
> banyak yang kafir kerana mereka membolehkan berdoa dengan tawasul di 
> hadapan makam Nabi, menziarahi makam nabi, berdoa sambi menghadap 
> makam nabi, memuji nabi dengan membaca nazam Burdah Amin Tadza, 
> membaca selawat Dalailul Khairat, membaca kisah Maulud Barzanji dan 
> kerana mereka enggan menerima fatwanya. 
> 
> Tersebut dalam sejarah, bahawa satu kali terjadi perdebatan antara 
> Muhammad bin Abdul Wahab dengan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul 
> Wahab dalam soal kafir mengkafir ini. 
> 
> Sulaiman bertanya kepada adiknya: "Berapakan rukun Islam?" 
> Muhammad menjawab: "Lima" 
> 
> Sulaiman : "Tetapi kamu menjadikannya 6" 
> Muhammad: "Apa?" 
> Sulaiman: " Kamu memfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah 
> mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir." 
> Muhammad terdiam dan marah. 
> 
> Sesudah itu Muhammad bin Abdul Wahab cuba menangkap dan membunuh 
> abangnya tetapi Sulaiman dapat lari ke Mekah dan menulis sebuah 
> kitab " As Shawa'iqul Illahiyah firraddi 'alal Wahabuiyah." (Petir 
> Tuhan untuk menolak fahaman Wahabi) 
> 
> Tertulis dalam buku itu sejarah perdebatan seorang lelaki dengan 
> Muhammad bin Abdul Wahab. 
> 
> Seorang lelaki bertanya: "Berapa ramai orang yang dibebaskan Tuhan 
> dalam bulan Ramadhan?" 
> Muhammad bin Abdul Wahab menjawab: "100,000 orang" 
> Lelaki itu bertanya lagi: "Pada akhir bulan Ramadhan berapa?" 
> Muhammad menjawab: "Pada akhir bulan Ramadhan dibebaskan Tuhan 
> sebanyak yang telah dibebaskan tiap-tiap malam Ramadhan". 
> Lelaki itu berkata lagi: "Dari mana diambil orang Islam sebanyak itu 
> pada hal murid-murid kamu tidaksampai sebanyak itu?" 
> Muhammad bin Abdul Wahab marah dan berusaha menangkap orang itu. 
> 
> Dalam buku ini juga kita dapat melihat fatwa-fatwa Muhammad bin 
> Abdul Wahab yang ganjil dan sesat. Kita akan nyatakan satu persatu 
> fatwa Muhammad bin Abdul Wahab ini yang bertentangan dengan Iktiqad 
> Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam siri akan datang. 
> 
> bagaimana komentar mas-mas yang ada disini ?
>


Kirim email ke