apa itu Barongan??
   
  News No 1
   
  
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm
   
  Persembahan barongan tidak wajar dihentikan
  
Oleh: NORZAINURA ABDUL MAJID
   
  BATU PAHAT 5 Dis. – Para penggiat tarian barongan di daerah ini berharap agar 
persembahan tarian barongan tidak wajar dihentikan untuk semua promosi 
pelancongan kerana ia merupakan tarian warisan yang perlu diketengahkan.
   
  Ketua Barongan Sinar Warisan, Sungai Nibong, Naim Marjani, 66, berkata, 
selama ini tidak pernah timbul dakwaan menidakkan bahawa tarian barongan 
berasal dari Indonesia kerana ia sememangnya diwarisi daripada datuk nenek 
moyang yang berasal dari Tanah Jawa.
   
  Tambahnya lagi, kontroversi yang ditimbulkan oleh aktivis budaya dari 
republik itu sepatutnya tidak terjadi.
   
  ‘‘Sememangnya tarian barongan ini dan legenda mengenainya adalah berasal dari 
Indonesia kerana nenek moyang kita berasal dari sana dan tarian tradisi ini 
masih terus diwarisi dari dahulu sehingga kini,” jelasnya kepada Utusan 
Malaysia.
   
  Beliau berkata, sepatutnya para aktivis budaya itu berasa bangga kerana 
kebudayaan warisan itu masih terus mendapat tempat di hati para peminat seni di 
Malaysia.
   
  Beliau yang memimpin kumpulan Barongan Sinar Warisan sejak tiga tahun lalu 
berkata, minggu lalu dia didatangi oleh serombongan krew daripada stesen 
Televisyen Republik Indonesia (TVRI) yang membuat rakaman tentang tarian 
barongan di Johor.
   
  Menurutnya, kedatangan krew tersebut adalah untuk melihat sendiri persembahan 
barongan yang di persembahkan di sini dan tidak pula timbul mengenai asal usul 
tarian kesenian tersebut.
   
  ‘‘Malah mereka melahirkan rasa kagum dan bangga kerana tarian barongan itu 
wujud di sini dan mendapat tempat di hati semua peminat seni tradisi tanah 
air,” jelasnya.
   
  Menurut Naim, kumpulannya telah membuat lebih 50 persembahan tarian barongan 
di dalam dan luar Johor dengan bayaran antara RM500 hingga RM1,800 untuk setiap 
persembahan.
   
  Seorang lagi penggiat seni tarian barongan, Jupri Wagimon, 70, juga 
melahirkan rasa sedih sekiranya tarian barongan ini dihentikan sementara kerana 
ia adalah merupakan pendapatan sampingan para penggiat barongan.
   
  Beliau mendakwa mewarisi tarian kesenian barongan ini daripada ayahnya, 
Wagimon Sukiban yang berasal dari Tanah Jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu dan 
telah bertapak di daerah ini sejak 80 tahun lalu.
   
  Tambahnya, persembahan barongan yang mereka buat adalah dalam masa 15 hingga 
20 minit sahaja dan masih mengekalkan lagu jawa kuno seperti dahulu.
   
  Beliau yang memimpin kumpulan barongan Nirmala Reyok, Sungai Nibong Darat 
Semerah dekat sini melahirkan rasa kesal apabila para aktivis budaya Indonesia 
menimbulkan kontroversi mengenainya.
   
  ‘‘Ia sepatutnya tidak berlaku malah mereka patut berasa bangga kerana masih 
ada lagi tarian warisan yang terus dipertahankan meskipun ia dipersembahkan di 
Malaysia,” jelasnya.
   
  Tambahnya, kebanyakan penggiat tarian barongan di Johor ini adalah warga emas 
dan mereka mewarisinya daripada nenek moyang terdahulu dan terus dipertahankan 
agar warisan seni kebudayaan ini tidak hilang begitu sahaja.
   
  Selama ini katanya, tidak pernah timbul kontroversi mengenai dari mana 
datangnya tarian barongan ini dan ia sepatutnya terus dipertahankan bukan 
dijadikan isu yang boleh menjejaskan perpaduan.
   
   
  
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
   
  News No 2 :
   
  
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
   
  Barongan: Jangan sekat perkembangan seni
  
Oleh: SOPI SAMAILE
   
  JOHOR BAHRU 4 Dis. - Tindakan aktivis budaya dari Indonesia yang membantah 
negara ini mempersembahkan tarian barongan atau dipanggil ‘reog ponorogo’ dari 
republik itu untuk tujuan pelancongan hanya menyekat perkembangan seni tarian 
itu sendiri.
   
  Timbalan Pengarah I Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Zamzam berkata, 
kesenian dan kebudayaan seharusnya dibiarkan bergerak bebas tanpa halangan oleh 
sebarang unsur politik.
   
  “Kontroversi berhubung tarian itu sepatutnya tidak terjadi memandangkan 
negara-negara di rantau ini adalah serumpun, malah budaya dan seni yang 
diamalkan adalah sama tetapi terpisah akibat perbezaan politik,” katanya ketika 
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
   
  Beliau diminta mengulas arahan Kementerian Pelancongan bahawa semua promosi 
pelancongan membabitkan persembahan kebudayaan yang berasal dari Indonesia 
seperti tarian barongan dan endang dihentikan sementara, ekoran kontroversi 
yang ditimbulkan oleh aktivis budaya dari republik itu.
   
  Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor, Kamdi Kamil pula berkata, tarian 
barongan di negara ini diamalkan oleh masyarakat Malaysia berasal dari Jawa 
seperti juga komuniti Cina di negara ini mempersembahkan tarian naga dan singa 
warisan nenek moyang mereka.
   
  ‘‘Seharusnya seni dan budaya lebih menyatukan rakyat kedua-dua negara yang 
sememangnya sejak dari dulu lagi adalah masyarakat serumpun,” katanya.
   
  Sementara itu, Pengerusi Badan Kebudayaan dan Kesenian Setia Budi Johor, 
Miskon Karim, 63, berkata, beliau sendiri sebagai seorang yang berketurunan 
Jawa, tidak pernah menuntut hak ke atas tarian ini, cuma ingin meneruskan 
budaya warisan nenek moyang.


       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Reply via email to