kadis kadis <[EMAIL PROTECTED]> wrote:              SALAM...
KEBANYAKAN.. DIMANA YA?.. POSISI...UMAT ISLAM SEKARANG INI...
  (Orang Islam hari ini rata-rata di kalangan mereka
sudah tersilap fokus. Fokus mereka sudah kepada dunia,
dan bukan kepada Tuhan. Sedangkan sepatutnya yang
berlaku mereka fokuskan Tuhan. Tuhan dipandang besar.
Soal Tuhan dan bersangkutan dengannya seperti soal
akhirat, soal perjuangan, soal dosa pahala diberi
keutamaan. Soal-soal tersebut dibesar-besarkan. Tapi
malang apa yang berlaku hari ini, Tuhan dipandang
kecil. Kalau pun ada, hanya takat menjadi sebutan di
bibir sahaja. Ia tidak dihayati dan dijiwai. Ia tidak
dibawa bersama dalam kehidupan. Ia tidak diperjuangkan
dan dijadikan soal hidup mati. Sebaliknya, dunialah
yang dipandang besar. Dunia menjadi topik keutamaan
dan agenda penting. Soal-soal dunia menjadi darah
daging dan persoalan kehidupan. Walhal dunia itu
hanyalah alat atau wadah untuk sampai kepada Tuhan.
Dunia itu sepatutnya menjadi tempat untuk Tuhan
dibesar dan diagungkan. 

Apa sudah jadi? Soal dunia yang kecil itu
dibesar-besarkan. Soal Tuhan pula dikecil-kecilkan.
Kalau dunia tidak dapat, manusia akan marah dan
mengamuk. Tapi kalau Tuhan tidak dapat, manusia
sekadar berdiam diri atau paling tidak cakap-cakap
sahaja. Itupun kadang-kadang terlepas pandang.
Buktinya tidak ramai anak-anak kita yang yang
mempunyai cita-cita menjadi pejuang agama. Yang ramai
di antara mereka, hanyalah mereka yang banyak
bercita-cita menjadi doktor, lawyer, engineer dan
lecturer. Juga, boleh dibilang jari di kalangan kita,
orang yang rela berkorban untuk agama dengan
membelakangkan soal diri dan keluarga. Bukan diri dan
keluarga tidak penting, tapi harta dan wang ringgit
yang mereka dapat lebih banyak dikorbankan untuk
perjuangan agama. Malah, masa, buah fikiran dan tenaga
mereka bukan semata-mata untuk diri dan keluarga
tetapi lebih besar dari itu, adalah untuk perjuangan
Islam agar Tuhan itu benar-benar dikenali, dicintai,
ditakuti, dihayati dan dijiwai. Begitulah sepatutnya.

Apakah ada orang-orang yang seperti ini? Jika ada,
nescaya dunia akan kembali gemilang dengan Islam.
Manusia akan kembali kepada Tuhannya. Kehidupan akan
menjadi aman dan harmoni dengan syariat Tuhan
terlaksana dalam suasana yang penuh kasih sayang.)


DAN.. EHM.. MENURUT ANDA gimana ya membersihkan.. hati yng kotor... kalau baju 
kotor di cuci paka detergent ya.. kalau hati.. apa pembersihnya?..apakah cukup 
hanya perbuatan lahir.. yng baik .. 
terima kasih.. 
wasalam.

kadis_btg


  ----- Pesan Asli ----
Dari: sirrull-asrar <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: keluarga-islam@yahoogroups.com
Terkirim: Sabtu, 9 Febuari, 2008 11:23:08
Topik: [keluarga-islam] Mata Hati [Bahagian 4]

    bla.bla.bla.......


  
  
---------------------------------
  
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.  


  



  
---------------------------------
  Bergabunglah dengan orang-orang yang berwawasan, di bidang Anda di Yahoo! 
Answers  

                         



       
---------------------------------

Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel

Reply via email to