---------- Forwarded message ----------
From: <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 2008/5/9
Subject: Fw: MACAM2 JIN, SYETAN DLL (PERCAYA YG GHOIB)
To: undisclosed-recipients



 *Thank's to Mas Denny Natalian" *
    Subject
MACAM2 JIN, SYETAN DLL (PERCAYA YG GHOIB)




BERIMAN KEPADA YANG GHAIB

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam,
bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah
S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada
yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud
mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja
yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana
banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada.
Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini,
akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya,
tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan
hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat
mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah *Jiniy* ( dalam bahasa arab
dahulu kala, dan *Genie* dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang
tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang
memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi",
sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal,
berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup
bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang
bermaksud : *"Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan
terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan
berpindah-pindah."*
AWAL PENCIPTAAN JIN

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih
waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah
S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang
sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).
BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan
sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di
bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun
udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai
bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza
dengan agama manusia. Diantara mereka, *alhamdulillah,* ada yang Muslim dan
memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu,
Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan
sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat
kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan
lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar
bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang
tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan
makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w.
telah bersabda: *"Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada
didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka
hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)*
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah
hadis dijelaskan yang maksudnya: *"Janganlah kamu kencing dilubang."
(HR. An-Nas'i)*
KERAJAAN IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri,
pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di
antaranya wajib diwaspadai :

   - Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama *Tsabar*. Dia selalu
   mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian
   isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan
   menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang
   yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah
   atas dirinya.
   - Yang kedua, namanya ialah *Dasim*. Syaitan inilah yang selalu berusaha
   dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat
   rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi
   penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang
   sangat besar.
   - Yang ketiga, namanya ialah *Al-A'war*. Dia dan seluruh penghuni
   kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya
   perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita
   ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul
   menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang
   menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar
   mereka.
   - Yang keempat, namanya ialah *Maswath*, pakar dalam menciptakan
   kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan
   anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam
   bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh
   manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula
   oleh manusia.
   - Yang kelima, namanya ialah *Zalnabur*. Syaitan yang satu ini
   berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang
   menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama
   manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
[image: http://sg.geocities.com/bomohonline/iblis.gif]*
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya :
Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta
pengikut-pengikut dan anak-anaknya.*
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid
yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing
diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing
anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."
KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin
kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

   - Kumpulan yang menunggu kubur
   - Kumpulan yang menunggu gua
   - Kumpulan yang menunggu mayat
   - Kumpulan yang menunggu air mata air
   - Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan
   sebagainya.
   PEMIMPIN-PEMINPIN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

   - Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
   Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
   - Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan
   yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah
   seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
   - Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail,
   Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
   - Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA
   LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama
   Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
   JENIS-JENIS JIN

1.        Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2.        Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3.        Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4.        Al-Afrit - Penipu-penipu
5.        Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6.        Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7.        Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8.        At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9.        Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10.        Al-Ummaar - Pemakmur.
ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR

1.        Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2.        Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim,
rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
3.        Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina,
minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
4.        Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut
perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu
dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri
daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu
adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di
kalangan masyarakat Melayu ialah :-

   - (a.) - Hantu Raya
   - (b.) - Hantu Toyol
   - (c.) - Hantu Pelesit
   - (d.) - Hantu Kubur
   - (e.) - Hantu Jerangkung
   - (f.) - Hantu Galah
   - (g.) - Hantu bungkus
   - (h.) - Hantu Bidai
   - (i.) - Harimau Jadian
   - (j.) - Hantu Pontianak
   - (k.) - Hantu Langsuir
   - (l.) - Hantu Air
   - (m.) - Hantu Pari
   - (n.) - Hantu Laut
   - (o.) - Jin Tanah
   - (p.) - Hantu Pochong
   - (q.) - Hantu Pari-Pari
   - (r.) - Jembalang Tanah
   - (s.) - Hantu Polong
   - (t.) - Harimau Penanggal
   - (u.) - Hantu Bukit
   - (v.) - Hantu Punjut
   - (w.) - Hantu Bawah Tangga
   - (x.) - Hantu Kum-Kum
   - (y.) - Hantu Mati Dibunuh
   - (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
   - (zz) - Hantu Tengelong
   MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid,
maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang
lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak,
bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit.
Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita
yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab
terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima
akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah
balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

1.        ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.
2.        WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.
3.        A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4.        HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang
berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada
minuman keras )
5.        MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.
6.        MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata
mulut.
7.        DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu
rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut
cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8.        WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9.        LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan
matahari.

SUMBER :  http://sg.geocities.com/bomohonline/nama-jin.html

<<image/gif>>

Kirim email ke