Salam seugamaAssalamualaikum,

Hamba yang tidak mensyirikan Tuhan Nya, dia bukan lah seorang hamba yang bodoh.
Walaupun dia tidak berpelajaran tinggi, kerana untuk mengenal Tuhan itu wajib 
bagi hak seorang hamba terhadap Tuhan yang menjadikan nya. Wajib kita sebagai 
seorang hamba mengenal pada Tuhan yang disembah. Tidak kira apa 
kelas,darjat,pangkat dan rupa kita. Penting nya kita kenal Tuhan yang disembah 
dan menyerahkan hak penyembahan kepada Tuhan yang berhak disembah 
tanpa mensyirikan Nya.

Kalau seorang hamba jujur, ikhlas dan berusaha pada mencari, ingin mengenal dan 
mahu menyembah, sujud dan berserah pada Tuhan dengan tidak mensyirikan Tuhan 
Nya. Pasti Tuhan akan memberi petunjuk pada diri nya. Ini soal akal seseorang 
hamba yang  berfikir dan berusaha yang bersungguh-sungguh  mahu mengenal Tuhan 
Nya. Ilmu tauhid adalah Ilmu yang paling tinggi, Ilmu yang berikrar dengan 
lida bertasdik didalam hati. Sesungguhnya adalah hak Tuhan untuk memberi 
petunjuk 
pada siapa yang dikehendaki Nya.

Jangan lah kita beranggapan bahawa seorang yang banyak membaca kitab-kitab dan 
belajar tentang hukum-hukum didalam agama, seorang itu sudah mengenal Tuhan. 
Selagi kita tiada bertekad untuk mengenal Tuhan kita, apa kah erti nya kitab 
yang kita baca dan pelajari. Apakah wajib kita ke universiti untuk mengenal 
Tuhan kita? Sebenar nya apakah yang kita cari dan pelajari? 

Kita hanya belajar tentang hukum-hukum agama, tetapi kita tidak 
mengenal yang punya hukum, hukum hendak bawa ke mana?
Hukum yang paling besar hukum Allah. 
LaaIlaahaIllallaahu wahdahu laa syariikalahu.Ini satu hukum yang paling berat 
yang 
tiada ampun Nya. Kita belajar hukum, kita hendak menghukum diri kita, yang mana 
salah hukum-kan atas diri kita.
Hukum apa?  Hukum Wahdahu laa syariikalahu. Dimana jatuhnya hukum itu atas diri 
kita, ada kah kita mengetahui dimana jatuhnya atas diri kita?

Kita tanya diri kita yang pergi ke pengajian di Universiti-Universiti Islam di 
serata dunia, apa kah nawaitu kita? Ada kita beritekad mencari dan ingin 
mengenal 
Tuhan kita atau kita hendak mencari nama dan pangkat untuk mencapai cita-cita 
kita? Apakah cita-cita kita sebagai seorang hamba kepada Tuhan Nya?
Apakah cita-cita kita sebagai seorang umat kepada Nabi dan Rasul Nya?
Dan apakah cita-cita kita yang beragama Islam.

Sesungguhnya atas Hak Allah yang akan mengangkat darjat dan memberi pangkat 
serta petunjuk kepada siapa yang dikendaki. Hamba yang dapat pangkat akhirat di 
bawah naungan Allah.
Orang
 yang dapat Taufik dan Hidayat dari Allah.Dia lah orang yang diberi 
kitab bukan orang yang mengarang kitab. Beza juga darjat nya dengan 
orang-orangĀ  yang menyusun dan mengatur hukum-hukum yang sudah tersurat 
didalam kitab.

Firman Allah:

Dan Aku tunjukkan kamu kepada Tuhan kamu maka kamu takut. 79:19


Buat renungan kita yang beragama. Buat renungan kita Umat Nabi Muhammad.

Wassalam.

Kirim email ke