Salam


Sumpah dengan maksud melariskan dagangan adalah penghapus barokah. (HR. Bukhari 
dan Muslim)

Barangsiapa bersumpah tidak dengan (menyebut) nama Allah maka dia telah berbuat 
syirik (menyekutukan Allah). (HR. Ad-Dailami)

Ada tiga
 kelompok orang yang kelak pada hari kiamat Allah tidak akan berkata-kata, 
tidak akan melihat, tidak akan pula mensucikan mereka. Bagi
 mereka azab yang pedih. Abu Dzarr berkata, "Rasulullah mengulang-ulangi 
ucapannya tiga kali dan aku bertanya, "Siapakah mereka itu, ya
 Rasulullah?" Beliau menjawab, "Orang yang pakaiannya menyentuh tanah karena 
kesombongannya, orang yang menyiarkan pemberiannya (mempublikasikan 
kebaikannya), dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu." (HR. 
Muslim)

Barangsiapa mengangkat sumpah terhadap suatu perkara kemudian dia mengetahui 
sesuatu yang
 lebih baik (benar) maka hendaklah dia menebus (kafarat) sumpahnya dan 
mengemukakan apa yang lebih baik (benar). (HR. Muslim)

http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/39-bahaya-bersumpah/



3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.

Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan
strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun
perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka
sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk
penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk
kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
 
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti
memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal
dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
 
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan
nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan
“demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya
hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah
sebaliknya.
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ
يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا
صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ .
قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ 
فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui
setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam
timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW 
bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu
menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya
Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah
atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu
maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ
اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ
وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏
‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد 
ذلك إلى  يُزِيل الْبَرَكَتها.
 Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah
mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam 
berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga
boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan
barakahnya.
 
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan
berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang
bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan
barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

http://islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

Kirim email ke