INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

--------------------------------------------------------------------------------

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du... 

KITAB HALAL DAN HARAM (5/5)

      Perbahasan lanjut tentang haram dan halal. 
        
                Ketahuilah bahawasanya setiap orang yang ingin memberikan 
kepada 
      anda makanan atau hadiah, ataupun anda ingin membeli sesuatu daripadanya 
      atau hendak memberikan sesuatu kepadanya, tidak perlulah anda memeriksa 
      terlebih dulu, ataupun bertanyakan latar belakangnya, atau anda berkata 
      pada diri sendiri: Ini antara hal yang belum aku meyakini penghalalannya, 
      tak patut aku menerima sekarang, bahkan aku harus memeriksanya terlebih 
      dulu.
                Dalam pada itu, bukanlah dalam semua hal harus mengambil sikap 
      seperti di atas tadi, bahkan pada setengah-setengah persoalan harus 
      menyelidiki dan bertanya, terutama sekali dalam perkara syubhat yang 
masih 
      diragukan. Punca keraguan itu harus ditujukan kepada orang yang mempunyai 
      harta itu, sama ada peribadinya masih diragukan, ataupun kejujurannya 
      memang sudah terkenal dengan adanya sangkaan yang bersandarkan kepada 
      bukti-bukti yang tertentu. Kemudian kepada harta bendanya pula, adakah 
      percampuran yang haram dengan yang halal, ataupun yang haram lebih banyak 
      dengan adanya bukti-bukti yang sah. Andaikata yang haram lebih sedikit, 
      ataupun pada sangkaannya memang tidak mungkin ada yang haram pada 
hartanya 
      ketika itu, maka memakan dari hidangannya tidaklah haram hukumnya. Tetapi 
      sewarnya ia menyiasat untuk meyakinkan dirinya dan kalau boleh 
      ditinggalkan lebih baik sebagai tanda kewara'an.

                Pertanyaan boleh diajukan kepada tuan punya harta itu, kiranya 
      ia tiada terkira curang dalam usahanya. Tetapi kiranya ia memang terkenal 
      curang, umpamanya ia tiada mengenal jalan halal dalam mengusahakan 
      kekayaan, ataupun kata-katanya memang tidak dapat dipercayai, ataupun 
      amanahnya masih dicurigai, maka hendaklah diajukan pertanyaan itu kepada 
      orang lain. Apabila perkaranya diberitahu oleh seorang yang dipercayai 
      sekalipun seorang saja, maka berita itu harus diterima dan dipercayai.

      Begitu pula, jika perkaranya diberitahu oleh orang fasik yang 
kebenarannya 
      tidak dapat disangsikan, kerana tidak ada maslahat sampai ia boleh 
      berbohong, maka boleh juga berita itu diterima dan dipercayai. Sebab 
      maksud utama berita itu, ialah keyakinan dalam diri, dan dalam perkara 
      serupa ini tempat yang menentukan ialah hati. Manakala hati pula 
mempunyai 
      perhatian terhadap semua gerak-gerik yang tersembunyi yang tidak dapat 
      dijangkau oleh kuasa renungan lahiriah. Oleh itu hendaklah diperhatikan 
      perkara ini dengan sehalus-halusnya. Apabila hati merasa tenang puas, 
maka 
      menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak suci menjadi suatu 
      kewajiban yang mesti.
        
      Cara membersihkan diri dari penganiayaan kewangan. 
        
      Ketahuilah, bahwa setiap orang yang bertaubat sedang dalam tangannya 
masih 
      ada lagi harta yang bercampur aduk dengan yang haram, maka tugas utamanya 
      ialah membedakan yang haram dan memisahkannya tersendiri. Sesudah itu, 
ada 
      suatu tugas lain, iaitu mengeluarkannya dan membelanjakannya. Kedua 
      perkara ini harus diperhatikan oleh orang itu.
        
      PERTAMA: CARA MEMISAHKAN HARTA YANG HARAM

                Seorang yang bertaubat, dan dalam simpanannya ada sesuatu 
barang 
      haram yang sudah tertentu bendanya, seperti yang diambilnya dari rampasan 
      atau yang diamanahkan kepadanya atau sebagainya, maka perkaranya senang 
      sekali; iaitu hendaklah ia memisahkan benda haram itu berasingan dan 
      kembalikan kepada pemiliknya atau warisnya.

                Sekiranya benda itu telah bercampur aduk, ataupun tidak dapat 
      dipisahkan, misalnya benda yang serupa bentuknya seperti biji-bijian, 
mata 
      wang, minyak; ataupun benda-benda yang boleh ditentukan seperti rumah 
atau 
      pakaian, ataupun benda-benda yang serupa jenisnya dan yang biasa berlaku 
      pada harta kekayaan, seperti seorang yang mendapat wang menerusi 
      perniagaan tetapi dia pernah berbohong dalam setengah perniagaannya 
      ataupun seperti seorang yang mencuri minyak lalu ia mencampurkan minyak 
itu 
      dengan minyak yang dipunyainya, demikian pula jika dia melakukan yang 
sama 
      pada biji-bijian, atau wangnya. Hukumnya jika benda yang dicampurkan itu 
      diketahui kadarnya, seperti dia mengetahui bahwa separuh dari jumlah 
      hartanya itu adalah haram, maka wajiblah ia memisahkan kadar yang separuh 
      lagi.

      Tetapi jika ia terkeliru, maka baginya ada dua jalan:

      (1)              Berpegang kepada apa yang diyakininya.
      (2)              Berpegang kepada yang lebih diberatkan oleh sangkaanya.

      Mengambil sikap yang pertama lebih utama dari segi kewara'an, iaitu 
dengan 
      memiliki hanya kadar yang sudah diyakini oleh dirinya sebagai halal saja.

      Masalah: Barangsiapa mewarisi harta pusaka, sedang ia tiada mengetahui 
      dari mana harta itu diperolehi oleh orang yang mewariskannya (orang mati 
      itu); apakah dari usaha yang halal ataupun dari usaha yang haram dan 
tiada 
      pula tanda-tanda yang menentukan perkara sebenar tentang harta itu, maka 
      para ulama sepakat menghukumkan bahwa harta itu halal. Tetapi jika ia 
      mengetahui bahwa harta itu bercampur dengan yang haram, malangnya ia 
tiada 
      mengetahui berapa kadarnya; maka dalam misal seumpama ini hendaklah ia 
      mengeluarkan kadar yang disangsikan haram itu setelah ia menghalusi 
      perkara itu. Sekiranya ia mengetahui, bahwa sebahagian dari hartanya 
      diperolehi secara penganiyaan, maka wajiblah ia mengeluarkan kadar yang 
      disangsikan itu dengan berijtihad.

      Ada pula setengah ulama mengatakan, tidak wajib ia mengeluarkan bahagian 
      itu, dan dosanya tertimpa atas orang yang mewariskan harta itu.
        
      KEDUA: CARA MEMBELANJAKAN HARTA YANG HARAM 

      Ada tiga cara dalam membelanjakan harta yang haram iaitu:

      (1)               Jika harta itu ada pemiliknya yang tertentu, maka 
      hendaklah ia diserahkan kepadanya. Jika ia sudah mati hendaklah 
diserahkan 
      kepada ali warisnya. Jika ia tidak ada di dalam negeri (ghaib), maka 
      hendaklah ditunggu kembalinya, ataupun dikirimkan harta itu kepadanya. 
      Begitu pula jika harta itu bertambah atau ada hasilnya, maka hendaklah ia 
      menyimpan segala faedah-faedah harta itu, sehingga pemiliknya kembali 
      semula ke negeri itu, di mana harta itu harus diserahkan kepadanya.

      (2)               Jika harta itu tidak diketahui pemiliknya yang 
tertentu, 
      dan setelah dicari tiada ditemui pula, dan tiada juga diketahui sama ada 
ia 
      telah mati atau telah meninggalkan waris-waris yang tertentu. Dalam hal 
      ini tiada boleh dikembalikan kepada pemiliknya, malah ditahan harta itu 
      sehingga ternyata perkaranya. Atau mungkin juga tiada boleh dikembalikan 
      disebabkan orang yang mendakwa menjadi pemiliknya amat banyak 
bilangannya, 
      sehingga sukar hendak ditentukan yang mana satu. Dalam misal-misal yang 
      tersebut, sewajarnyalah harta itu disedekahkan, sehingga tiada terbiar 
      begitu saja, dan lenyap manfaatnya kepada pemilik mahupun orang lain. 
      Sekiranya ia sendiri seorang fakir yang berhak menerima sedekah untuk 
      dibelanjakan atas dirinya dan atas tanggungannya.

      (3)               Jika harta itu berasal dari rampasan perang, ataupun 
      daripada milik badan-badan yang menguruskan kepentingan kaum Muslimin, 
      maka hendaklah ia dibelanjakan kepada maslahat umum, seperti membina 
      jambatan-jambatan, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama dan jalan-jalan 
      yang menyampaikan orang ramai ke Makkah al-Mukarramah, ataupun yang 
      seumpamanya, yang mana manfaatnya dapat dirasakan oleh seumum kaum 
      Muslimin bersama.

Wallohu a'lam bish-shawab,-
Insya Alloh berlanjut ke KITAB YANG KE 14 :
"IHYA' ULUMIDDIN" KITAB ADAB PERGAULAN



[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Clean water saves lives.  Help make water safe for our children.
http://us.click.yahoo.com/CHhStB/VREMAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke