----- Original Message ----- From: Hidayahnet To: [EMAIL PROTECTED] Sent: Wednesday, April 11, 2007 2:45 AM Subject: [islamic_board] Malaysia Islamic Events & Notices: Week Beginning Wednesday 11 April 2007
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful 22 Rabiulawal 1428 / 11 April 2007 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kandungan: - Aktiviti akan datang - Ringkasan - 10 - Bantuan Sumbangan - 4 - Iklan Umum - 3 - Aktiviti akan datang - Detail - 10 Kunci: MYS - Malaysia <<<<<<<<<<<<<<<<<< Aktiviti akan datang - Ringkasan >>>>>>>>>>>>>>>>>> . Bila Golongan Profesional Muslim Tidak Menguasai Bahasa Arab, KL, MYS, 11 Apr . Sukan Remaja (SURE) Selangor 2007, Selangor, MYS, 14 Apr . SEMINAR PEMIKIRAN TAJDID IMAM AS-SYAFIE, Masjid W. Persekutuan, KL, MYS, 14 Apr . CERAMAH MAULIDUR RASUL , Taman Kempas,Johor Bahru, MYS, 15 Apr . SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM, Tmn Melati, KL, MYS, 15 Apr . XIFU & ALGEBRA: AKU, MUZIK & HIDAYAH , Kulliyah Kejuruteraan UIA Gombak, MYS, 22 Apr . EKSPLORASI MENARA ILMU 2007, KL, MYS, 27-29 Apr . IU Charity Dinner & Al-Quran for PSP Launching ,Putrajaya, KL, MYS, 1 May . Kursus Intensif Bahasa Arab [KIBAR],Kelantan, MYS, 6-19 May . iECONS 2007, KL, MYS, 17-19 July Ini adalah posting mingguan yang dihantar ke YahooGroup Islamic_Board dan Hidayahnet. Anda hanya perlu menjadi ahli salah satu daripada dua YahooGroup tersebut. http://groups.yahoo.com/group/islamic_board <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Bantuan Sumbangan >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Bantuan Mangsa Banjir - JIM DERU ialah Unit Bantuan Bencana dan Kecemasan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang diwujudkan berikutan banjir di Johor pada 19 Disember 2006. Bermula 20 Disember, petugas JIM DERU telah digerakkan untuk menolong mangsa banjir daerah-daerah yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan berbentuk wang, makanan, barangan keperluan dan pakaian. DERU mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi meringankan beban mangsa banjir di seluruh Johor. Sila buat pembayaran cek/kiriman wang atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia". Atau masukkan ke akaun JIM Johor di Bank Islam Malaysia Berhad, no. 01014010010372 dan maklumkan kepada Sdr Ainullotfi Abdul Latif, YDP JIM Johor (012-7113785) atau Sdr Abdul Razak Jambari, Bendahari JIM Johor (012-7010489). http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm ************************************************************************************* Assalamualaikum wrt. Sekolah Rendah AlAzhar telah diasaskan pada tahun 1989. Ia bermula dari sebuah rumah berkembar kepada sebuah banggunan kayu dua tingkat sehinggalah ke tapak kompleks sekarang di Jitra Kedah. Pada tahun 2006 Sekolah Menengah AlAzhar (berasrama) pula telah dimulakan. Tapak kompleks ini seluas 26 relung adalah hasil sumbangan orang ramai. Kini sekolah ini mempunyai murid seramai 500 orang. Kewujudan masjid yang akan dibina ini bukan sahaja akan dimanfaatkan oleh pelajar dan kakitangan sekolah, tetapi juga oleh masyarakat disekitarnya, khususnya bagi sembahyang berjamaah dan kelas pengajian. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jamaah. Buat masa ini sembahyang dan aktiviti ibadah dilakukan di banggunan kantin sekolah. Mereka yang berminat untuk membeli wakaf ini sebagai pelaburan jangkamasa akhirat bolehlah menghubungi Ustaz Dr Wan Ab Rahman (01944415940) atau Tn Hj Nasiruddin Abdullah (0194746657). Akaun pembangunan masjid adalah seperti berikut: Nama: Sekolah Rendah Al Azhar Bank Islam Jitra: 02 039 0201 0682 Sila maklumkan sumbangan dengan menghubungi kami: [EMAIL PROTECTED] Saya mempunyai brosur rasmi mengenai projek ini tatepi tidak dapat disertakan kerana fail yang besar. Sesiapa yang berminat untuk melihat brosur ini dapat hubungi email di atas. Jazakallah Khairan. Wassalam JK Wakaf Masjid AlAzhar. ************************************************************************************* Raudhatus Sakinah Memandangkan Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi kebajikan badan bukan kerajaan, sumber kewangan yang diperolehi adalah melalui sumbangan dan derma daripada badan-badan atau orang perseorangan yang dermawan. Oleh itu Raudhatus Sakinah amat memerlukan sokongan kewangan dan sumbangan seperti bahan bacaan dan peralatan atau kemudahan harian untuk meneruskan program kebajikan ini. Sebarang sumbangan kewangan boleh dibuat kepada: Wanita JIM Raudhatus Sakinah Bank Muamalat Taman Melawati No Akaun: 43600 49920 http://www.jim.org.my/institusi/raudhatus_sakinah.php ************************************************************************************* RM1 setiap bulan kepada Palestin Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797 http://palestinkini.info/ <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Iklan Umum >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hidayahnet toolbar http://hidayahnet.ourtoolbar.com/ It's free, with no spyware or viruses, does not open pop-ups or hijack your searches, and no personal information is required. [Jika anda sekarang sedang menggunakan toolbar yang lain seperti Yahoo ataupun Google, kesemua toolbars tersebut boleh dibuang dengan untick di bahagian Internet Explorer [Alt V]- View/Toolbars dan untick toolbar yang tidak diingini dan pastikan Hidayahnet toolbar di tick-kan.] Jika ada masalah, sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ************************************************************************************* Anda boleh masukkan produk jualan kedalam web wanita JIM dan berikan sedikit keuntungan kepada Wanita JIM bila dapat buat jualan melalui website wanita. Yang diperlukan gambar produk, harga dan juga sedikit keterangan Sila emelkan pada saya untuk di muatkan kedalam kedai online Wanita JIM. Hanya produk yang diluluskan oleh ajk akan di masukkan. http://wanita.jim.org.my/kedaiwanita.htm Dr Suriya [EMAIL PROTECTED] ************************************************************************************* Peluang Mengajar Kepada Individu Yang Hafaz Al-Quran Kepada sesiapa (yang hafal Al-Quran) yang berminat untuk mengajar kelas tahfiz, anda dijemput untuk menghubungi Ust Helmi di talian 013-2597468. Sebarang pertanyaan yang ingin dilontarkan, Insya-ALLAH anda boleh hubungi beliau. <<<<<<<<<<<<<<<<<<< Aktiviti akan datang - Detail >>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Bila Golongan Profesional Muslim Tidak Menguasai Bahasa Arab Wacana Ilmu oleh: Ustaz Anzaruddin Bin Ahmad Tempat: Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Tel: 03-77106900, 012-2820244(Zainuddin) Pada: Rabu, 11 April 2007, jam 8.15 malam Yuran Masuk: Dewasa : RM 10, Pelajar: RM 5 (Tempat terhad: Sahkan penyertaan anda awal) Mengenai Wacana Ini: Golongan profesional muda telah diterima oleh masyarakat sebagai golongan yang dihormati kerana sumbangan mereka dalam membantu pembangunan ummah di Malaysia. Mereka juga sangat berpotensi untuk digilap sebagai pemimpin umat yang dapat membangunkan masyarakat dari segi fizikal dan spiritual. Sebagai persediaan menjadi pemimpin, tiada pilihan lain bagi mereka kecuali mempelajari dan menghayati kandungan al-Qur'an dan al-Hadith melalui perantaraan Bahasa Arab. Buat masa ini terdapat pemisahan diantara pembelajaran ilmu-ilmu profesional dan ilmu agama dengan akibat golongan profesional tidak mendalami ilmu al-Quran dan al-Hadith, yang bahasa perantaraannya ialah Bahasa Arab. Justru itu, apa yang perlu dilakukan dalam pembangunan modal insan di kalangan golongan profesional muda pada hari ini ialah usaha untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan mempelajari dan menguasai Bahasa Arab sebelum mereka menjadi juru bicara ummah yang dapat memimpin umat ke jalan kebenaran. Wacana ini meliputi: 1. Konteks hubungan manusia dengan al-Quran dan al-Hadith. 2. Memahami isi kandungan al-Quran dan al-Hadith melalui Bahasa Arab. 3. Ketidaktepatan dalam terjemahan kitab ilmiah. 4. Kepentingan menguasai ilmu-ilmu Bahasa Arab, Usul al-Fiqh, dan Qawaid Lughawiyyah/Usuliyyah. 5. Akibatnya jika Bahasa Arab diabaikan. Pembentang: Ustaz Anzaruddin bin Ahmad, Ahli Majlis Perunding Pelapis Al-Nidaa', bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Putra Malaysia, yang kini dalam cuti belajar untuk penyediaan thesis PhDnya di Universiti Malaya. Beliau mendapat ijazah BA bidang Bahasa Arab dari Universiti Malaya dan MA dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti yang sama. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam topik diatas. ************************************************************************************* Sukan Remaja (SURE) Selangor 2007 Berikut adalah maklumat terperinci berkenaan dengan program tersebut:- A) ACARA PERTAMA : FUTSAL (REMAJA LELAKI) Tarikh : 14/4/2007 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg Tempat : Rio De Futsal Alamat : Lot 753, Jalan Subang 3, USJ 1, Subang Jaya (sila rujuk map di http://www.gofutsal com/riodefutsal) Kategori : 1 - Bawah 15 tahun 2 - Bawah 18 tahun 1 Pasukan : 5 pemain + 3 pemain tambahan Yuran : RM90.00 / pasukan - KRJ JIM RM50.00/ pasukan - rakan JIM Pendaftaran : Sila hubungi :- Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) Cikgu Azmi Musa (012 259 0496) B) ACARA KEDUA : NETBALL (REMAJA PEREMPUAN) Tarikh : 14/4/2007 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg Tempat : Indoor Court di Shah Alam Kategori : 13 tahun - 18 tahun 1 Pasukan : 7 pemain + 3 pemain tambahan Yuran : RM100.00 / pasukan - KRJ JIM Pendaftaran : Sila hubungi :- Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) Hafidza (019 3303069) C) ACARA KETIGA : BOWLING (REMAJA LELAKI DAN PEREMPUAN) Tarikh : 21/4/2007 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg Tempat : Pusat Bowling Flamingo, Ampang Kategori: 1 Remaja lelaki 2 Remaja perempuan Pasukan : 4 sepasukan Yuran : RM100.00 / pasukan - KRJ JIM Pendaftaran : Sila hubungi :- Mohd Yusof Nasir (016 259 3394) Shafie Mokhtar (013 3943852) Sila sediakan pasukan terbaik anda untuk di hantar ke pertandingan ini. Ana ucapkan selamat berjaya. Wasssalam. Wakil KRJ Selangor, Mohd Yusof Nasir http://jim.org.my/modules.php?module=pengumuman&kerja=tengok&id=125 ************************************************************************************* SEMINAR PEMIKIRAN TAJDID IMAM AS-SYAFIE Hari : Sabtu, 14 April 2007 Masa : 8:30pagi - 5:00petang Tempat : Dewan Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur Penganjur : Kerajaan Negeri Perlis MASUK PERCUMA - Makan Minum di sediakan TEMPAT TERHAD PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Kertas 1 : Tajdid Imam Syafie dalam Fiqh Pembentang : Prof. Dato' Dr. Mahmood (Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Islam, Universiti Malaya) Pengulas : Dr. Ahmad Najib al-Qari -------------- Kertas 2 : Tajdid Imam Syafie dalam Aqidah Pembentang : Dr. Yuhanar Ilyas (Pensyarah Universiti Muhamadiyah Indonesia) Pengulas : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis) -------------- Kertas 3 : Keterbukaan Pemikiran Imam As-Syafie Pembentang : Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, UIAM) Pengulas : Dr Juanda Jaya ---------------- Forum Tajdid Imam Syafie di Nusantara Panel :- 1. Dr Abdul Fatah (UHAMKA, Indonesia) 2. Dr Fauzi Deraman (UM) 3. Dr Azwira Abdul Aziz Perasmian seminar akan disempurnakan oleh : YAB Dato' Seri Shahidan bin Kasim, Menteri Besar Perlis Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia seminar :- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Tel No : 04-9794414 ************************************************************************************* CERAMAH MAULIDUR RASUL oleh DATO' SERI DR. HARUSSANI ZAKARIA Mufti Kerajaan Negeri Perak 28 Rabiul Awwal 1428, 15 April 2007(Ahad, Selepas Solat Isyak) Masjid al-FaizunJalan Dataran 4/4, Taman Kempas,Johor Bahru Datanglah Beramai-Ramai ************************************************************************************* SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM (MENANGANI ISU-ISU WANITA ISLAM-SMIWI)) Tema: SURVIVAL WANITA DI KOTA METROPOLITAN Tarikh: 15 APRIL 2007 (AHAD) Tempat: MASJID SALEHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR Anjuran: WANITA JIM KUALA LUMPUR Dengan kerjasama JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) TERBUKA KEPADA SEMUA DAN PENYERTAAN ADALAH PERCUMA Objektif Umum Memupuk kesedaran di kalangan wanita untuk memartabatkan maruah mereka sebagai golongan yang mulia di sisi Islam. Objektif Khusus Meningkatkan kewibawaan peribadi serta melahirkan wanita yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Memberi panduan bagaimana wanita Islam berupaya menangani tekanan hidup di kota. Menangani gejala-gejala yang memusnahkan jatidiri wanita. Untuk pendaftaran sila hubungi : Ustazah Nor Dalilah Zakaria - Tel: 03-22749333 ext 361 Faridah Maludin - Hp : 019-288 2171, email :[EMAIL PROTECTED] Umi Kalthom Hassan - Hp: 012-617 0308, email: [EMAIL PROTECTED] Ruzaimah Ibrahim - Hp: 013-340 6402, email: [EMAIL PROTECTED] ************************************************************************************* XIFU & ALGEBRA: AKU, MUZIK & HIDAYAH Ada orang kata, Hidup ini Perlukan Hiburan. Tanpanya, Kita Akan Kesepian. Ada pulak yang kata, Muzik Itu Kesenian, Sesuatu yang Indah Lagi Mengasyikkan. Tapi..mak aku kata..."Muzik tu melalaikan.boleh membawa kehancuran. Boleh merosakkan keimanan!!!" Tapi Aku sukakan muzik dan hiburan! Habis Camner??? Jom kita bincang-bincang tentang Aku, Muzik Dan Hidayah... Pada : 22 April 2007 (8.30 pg - 2.00 ptg) Tempat : Auditorium A, Kulliyah Kejuruteraan UIA Gombak Sumbangan Penyertaan : RM10.00 sahaja Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Program Ini, Hubungi : Roha Hassan : 012-4317948 Huzaifah : 013-362390 Suriza : 019-3743418 Nazirah (Zira) : 019-5053008 http://jim.org.my/modules.php?module=pengumuman&kerja=tengok&id=121 ************************************************************************************* EKSPLORASI MENARA ILMU (EMI) 2007 - PASTIKAN KEHADIRAN ANAK-ANAK KITA!! Tarikh: 27-29 April 2007 (Jumaat-Ahad) Tempat: Masjid UIA Gombak dan Hutan Lipur Alang Sedayu Anjuran J/K Pra-Universiti, JIM IPT Pusat J/K Pelapis Karisma Nasional Karisma Fasilitator Sasaran peserta Terbuka kepada para pelajar lepasan SPM 2006 di seluruh negara!!! Yuran RM 40.00 sahaja...insyaAllah berbaloi... Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi: Saudara Noraizuddin - 019-2104981 atau email ke [EMAIL PROTECTED] Saudara Wan Am - 012-6615745 atau email ke [EMAIL PROTECTED] Sebar-sebarkanlah hebahan program ini ye!!! http://jim.org.my/modules.php?module=pengumuman&kerja=tengok&id=115 ************************************************************************************* IU Charity Dinner & Al-Quran for PSP Launching http://iucyber.mmu.edu.my/iu_dinner/rationale.html Tarikh: 1 May 2007 (Selasa) Tempat: D' Sri Endon, Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya Masa: 8 - 11 Malam IU Charity Dinner & Al-Quran for PSP Launching adalah program yang dianjurkan oleh Institusi Usrah, Multimedia Universiti Cyberjaya. Antara tujuan program adalah untuk membantu mengutip dana untuk Rumah Raudhatussakinah di Sungai Buloh yang memerlukan pembangunan baru untuk menampung jumlah pelajar yang ramai. Kesedaran timbul setelah pihak Institusi Usrah menganjurkan program KEJORA selama 2 hari bersama-sama dengan pelajar Raudhatussakinah. Di samping itu, Institusi Usrah juga akan melancarkan Al-Quran for Playstation Portable (PSP), sebuah projek hasil usaha ahli-ahli Institusi Usrah untuk diperkembangkan dan diperluaskan ke seluruh dunia. Dengan adanya Al-Quran for PSP, umat islam dan bukan Islam boleh membaca al-quran dan terjemah melalui gajet SONY yang canggih ini. Apabila dilancarkan, kandungan tersebut boleh dimuatturun secara percuma di website Islamic Content for PSP (http://raise.flavert.com). Sejumlah dana diperlukan untuk meneruskan projek ini untuk diperkembangkan lagi. Artis yang akan menjayakan malam tersebut ialah MIRWANA, AL:MASAAR & DEMASCUS. Diharapkan semoga anda boleh memberikan sedikit sumbangan untuk menjayakan malam tersebut, dengan membeli meja-meja yang disediakan, atau menyumbangkan sekadar apa yang anda mampu. Harga tiket: Silver Table: RM50 seorang Gold Table: RM100 seorang Untuk menempah tiket, bolehlah menghubungi: 1) Norliana Mohd Rosli - 017-2759002 (y! yana_naim) 2) Norain Bt Shari - 019-2168284 (y! naskin_sakura) ************************************************************************************* khusus buat ikhwah akhawat... Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Mei 2007 (advance version) 6 - 19 Mei 2007 Bertempat di Wakaf Bharu, Kelantan. Yuran: RM195sahaja** (RM150 untuk yuran belajar dan buku teks, RM45 untuk tempat tinggal -- tidak termasuk makan. ** masih boleh dirundingkan). sesi belajar pagi dan petang. malam hari untuk jadi 'rahib'. di akhir kursus insya Allah akan diadakan rehlah. (nak jalan-jalan pun buleh la..) Masih ada 29 kekosongan... Jika berminat, sila hubungi: 013 - 6441206 - Wan Maryam ************************************************************************************* iECONS 2007 17 - 19 JULY 2007 KUALA LUMPUR "Comprehensive and Balanced Development among Islamic Countries: Cooperation, Opportunities & Challenges" Introduction The economic development of the Islamic countries is important to ensure the economic stability of the countries. Economics problems faced by most developing countries have to be tackled to avoid Muslim from being ignored. Currently Muslims funds were estimated at about USD300 billion and would increase up to USD1 trillion by 2013. These funds consist of deposits in banks, funds in bay'tulmal such as zakat, sadaqah and waqf. If these funds are used efficiently, they could increase the socio-economics of a country specifically and improve the economics of the ummah as overall provided it is based on shariah principles. The conference in Islamic Economics (iECONS) 2007 is thus another earnest effort undertaken by the Faculty of Economics and Muamalat, Islamic Science University of Malaysia (USIM) to discuss the cooperation, opportunities and challenges in order to obtain comprehensive balance development among Islamic countries. Please refer to our website for details. http://www.usim.edu.my/iecons2007/index.htm Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Deputy Director IeCONS 2007 <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Islamic_Board >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> [Non-text portions of this message have been removed]