Rahsia Lampam
Oleh : Aznir Malek : PANCING

Ah! Lampam.... penyelamat kepada pemancing yang tak bemasib baik setelah 
seharian tercongok di tepi sungai dan tasik. Populasinya yang tinggi dan 
tabiat pemakanannya yang tak memilih memudahkan kita untuk memancingnya 
jika ikan yang diidamkan langsung tak dapat. Lampam merupakan ikan kedua 
terbanyak selepas tilapia di perairan air tawar negara kita. Walaupun 
kedua-dua spesies tersebut berbeza dari segi asal kedatangan dan tabiat 
pemakanannya namun kedua-duanya berkembang-biak dengan baik dalam pelbagai 
keadaan air. Cuma batasannya kepada air yang teruk tercemar dan sangat 
sejuk seperti di anak-anak sungai pergunungan. Biarpun begitu, ikan lampam 
merupakan sumber yang penting kepada pemancing dan juga para pentemak ikan.

Ikan lampam tergolong dalam genus Puntius iaitu kumpulan ikan yang paling 
banyak terdapat dalam sungai-sungai kita. Ahli lain dalam kumpulan ini 
termasuklah yang terbesar dan lebih mencabar seperti kerai (Puntius 
daruphani) dan tengalan (Puntius bulu). Spesies ikan akuarium dalam 
kumpulan ini termasuklah bagoh (Puntius lateristriga) yang kecil comel yang 
mudah didapati di anak-anak sungai pedalaman dan pelampong jaring (Puntius 
pentazona) iaitu ikan kecil yang berbelang-belang yang mudah didapati di 
lombong dan juga anak-anak sungai. Begitu juga dengan ikan putih atau tebal 
sisik (Puntius binotatus) iaitu ikan kecil berwarna keperakan yang 
memberikan keseronokan memancing sewaktu saya masih kanak-kanak dengan 
menggunakan joran buluh sepanjang sepuluh kaki dan isi kelapa yang lembut 
sebagai umpan.

Lampam Sungai

Lampam sungai merupakan versi Malaysia kepada ikan bream di U.K, panfish di 
Amerika dan tilapia Nil di Afrika iaitu spesies-spesies ikan yang mempunyai 
reputasi pembiakan yang sangat tinggi. Lampam sungai hidup dengan baik di 
dalam sungai-sungai kita dan kadangkala jumlahnya meningkat terlalu cepat. 
Kini, sukar untuk kita menyaksikan jumlah sebegitu banyak akibat tekanan 
penangkapan yang sangat tinggi oleh para nelayan dan pemancing, terutama 
sungai yang senang ditujui atau yang berada di kawasan bandar. Walaupun 
begitu, kita masih ada mendengar cerita daripada sesetengah pemancing yang 
pernah menemui beratus-ratus ikan ini menyerbu anak sungai di kawasan 
pendalaman untuk mengempas telur. Hinggakan ianya disebut dengan 
perumpamaan yang menarik, 'kuak ikan, baru dapat air'.

Peristiwa sebegini semakin sukar dijumpai kini tetapi masih terdapat 
beberapa sungai berhampiran kawasan kediaman manusia yang tidak kehabisan 
membekalkan ikan lampam sungai. Antaranya ialah Kuala Kangsar iaitu di 
sepanjang Sg. Perak. Sungai yang panjang dan lebar ini mengalir perlahan 
daripada muara Sg. Kangsar hingga ke Lubuk Mat Anjing yang sangat terkenal 
sebagai lubuk pusing yang banyak mengumpul mangsa lemas. Kisahnya, sesiapa 
yang lemas di bahagian hulu pastinya berakhir dan dijumpai di lubuk ini. 
Walaupun demikian, lubuk yang ngeri ini didiami banyak lainpam sungai yang 
besar, kadangkala seekor boleh mencapai sekilogram.

Ini telah menarik perhatian ramai pemancing dengan menggunakan pelbagai 
teknik dan umpan termasuklah sekeping roti dan pisang yang disorok banyak 
mata kail di dalamnya. Sememangnya kita tidak mengiktiraf kaedah ini 
sebagai sukan memancing yang sihat kerana cangkukkan yang tidak tepat pada 
ikan yang terlepas boleh menyebabkannya dijangkiti penyakit. Biarpun 
begitu, saya lebih gemar menggunakan dodol sebagai umpan. Pelik bukan. 
Walau apa jenis umpan dan teknik memancing yang digunakan, keindahan 
kawasan lubuk ini pasti menggamit ramai pemancing lebih-lebih lagi apabila 
loceng penunjuk ragutan berbunyi diikuti dengan sorakan pemancing yang 
berjaya menaikkan lampam yang besar.

Tempat lain yang menarik bagi saya ialah di sebuah resort pulau yang bemama 
Suka-Suka di Tasik Chenderoh. Sebelum ini, sebuah pertubuhan tempatan telah 
melepaskan beribu-ribu benih lampam sungai ke dalam tasik tersebut dan kini 
ikan-ikan tersebut banyak berkumpul di sekitar pulau tersebut kerana 
tertarik kepada makanan yang ditabur para pengunjung. Ikan-ikan tersebut 
dikatakan menjadi agak jinak dan ini merupakan peluang baik kepada para 
pemancing yang masih baru dan ingin mencuba kemahiran.

Tasik Kenyir tentunya merupakan salah satu kawasan habitat lampam sungai 
yang sangat baik. Anda boleh merujuk kepada ruangan Sketsa dalam isu 
Pancing yang lepas yang menceritakan kisah menangkap lampam sungai hanya 
dengan tangan kosong. Ini menunjukkan betapa banyaknya lampam yang terdapat 
di tasik tersebut.

Secara semulajadi, lampam sungai adalah omnivor dan umpan yang digunakan 
oleh pemancing adalah bermacam-macam. Antaranya ialah cacing, cengkerik, 
belalang, udang, dedak, hirisan pisang, buah kelapa sawit, perut ayam dan 
lundi. Jadi, lampam sungai sememangnya tidak begitu memilih makanan.

Biasanya apabila air agak berlumpur dan keruh, saya akan gunakan umpan yang 
berbau seperti cacing dan udang tetapi bukan perut ayam kerana ia terlalu 
busuk dan menjijikkan. Dalam air yang jernih, umpan kegemaran saya ialah 
roti atau pisang emas. Saya memilih pisang emas yang tidak berapa masak 
kerana ia tahan lebih lama pada mata kail. Pisang dihiris dengan ketebalan 
lebih kurang 0.5cm dan dipotong tiga. Kemudian, ia dicangkuk kepada mata 
kail seperti satay.

Saya tidak pernah mendapat atau mendengar ikan lampam sungai ditangkap 
menggunakan gewang. Jadi, saya berpendapat ikan ini tidak tertarik kepada 
gewang. Oleh kerana ia adalah ikan omnivor maka makanan hidupnya hanya 
terhad kepada pelbagai jenis serangga.

Peralatan Sesuai

Peralatan kelas ringan dan menengah adalah peralatan yang sesuai untuk 
lampam sungai bergantung kepada keadaan air dan persekitaran. Joran aksi 
parabolik (Joran yang hujungnya boleh melentur sehingga menyentuh kekili) 
dan menengah sepanjang 7 hingga 9 kaki dengan tali tangsi berkuasa 6 hingga 
9 paun adalah pilihan terbaik.

Peralatan yang gemar saya gunakan ialah joran aksi parabolik sepanjang 12 
kaki dengan tali tangsi berketahanan 3 hingga 6 paun. Joran sebegini 
memberi sepenuh kepuasan dan keseronokan apabila bertarung dengan ikan 
bersaiz sederhana kecil ini. Walau bagaimanapun, jenis joran sebegini tidak 
terdapat di negara kita namun joran lembut sepanjang 9 kaki sudah cukup 
memberi kepuasan lebih-lebih lagi dengan kekili yang mempunyai sistem 
tegangan yang lembut. .

Lampam sungai mendiami bahagian pertengahan dan dasar sungai. Oleh itu, 
teknik pancing dasar adalah teknik yang popular digunakan. Perambut 
sepanjang 6 hingga 12 inci yang berketahanan 6 paun sudah mencukupi. Mata 
kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 hingga 6 atau mata kail udang 
bersaiz 9 hingga 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai. 
Bagi sungai yang terdapat rumpai atau sampah, batu ladung perlu berada di 
bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan 
bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan. .

Menggunakan pelampung juga merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai 
digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak 
tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelarnpung bergantung 
kepada kedalaman sungai. Umpan perlu tergantung beberapa inci dari dasar 
dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air.

Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya 
umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki.

Lampam sungai meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk 
sendiri pada mata kail. Bagaimanapun, kita perlu menyentap supaya sangkutan 
lebih teguh. Oleh kerana saiznya yang kecil, tarikannya tidaklah begitu 
kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih 
menarik.

Lampam Jawa

Ikan ini telah dibawa masuk ke negara kita daripada Indonesia sebagai ikan 
makanan sama seperti ikan yang diimport dari China iaitu kap rumput, kap 
perak dan sebagainya. Lampam jawa biasanya ditemui di dalam kolam ternakan 
dan perairan yang pernah terdapat aktiviti akuakultur. Sesetengah ikan 
mungkin terlepas ke dalam sungai semasa banjir ataupun sengaja dilepaskan. 
Lampam jawa amat mudah dipancing dan boleh membesar sehingga 2.5 kg. 
Ototnya yang kuat serta siripnya yang besar mampu memberi tentangan yang 
agak hebat.

Lampam jawa yang tinggal di dalain kolarn atau lombong dapat memben 
kepuasan sekiranya anda menggunakan peralatan pancing yang ringan. Teknik 
yang sama untuk memancing lampam sungai turut boleh digunakan tetapi 
gunakan joran aksi lembut. Bibir lampam jawa agak lembut dan rembatan yang 
kuat daripada joran yang keras boleh menyebabkan mata kail tercabut 
daripada mulutnya.

Sebenarnya, lampam jawa adalah spesies herbivor, jadi dedak dan roti adalah 
umpan terbaik. Walau bagaimanapun, saya pernah mendapat ikan ini 
menggunakan gewang layang menyerupai serangga dan anak ikan. Mungkin akibat 
makanan yang terhad menyebabkan ia memburu makanan hidup pula. Saya sendiri 
pernah melihat lampam jawa yang besar mengejar anak-anak ikan. Jadi ini 
juga merupakan berita baik untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang.

Semua lampam yang pernah saya tangkap adalah melalui pancing dasar. Untuk 
kolam dan lombong, saya menggunakan batu ladung kecil supaya umpan 
tenggelam dengan perlahan ke dasar. Mata kail udang no. 8 digunakan dengan 
perambut sepanjang 7 inci. Jika terdapat ikan yang besar, saya akan gunakan 
mata kail yang mepunyai ukur lilit yang tebal. Dengan menggunakan tali 
halus, kaedah di atas menjadi sempurna iaitu memberi tentangan yang cukup 
baik bagi lampam yang besar.

Keadaan menjadi lebih serius sekiranya anda memancing lampam sungai. Tali 
10 hingga 12 paun perlu digunakan dengan batu ladung yang lebih besar untuk 
menetapkan umpan di dasar. Saiz batu ladung juga perlulah sesuai dengan 
kelajuan arus sungai. Anda perlu menggunakan batu ladung yang betul-betul 
mencukupi untuk mengatasi arus. Dengan cara ini, ragutan yang kecil akan 
memberi kesan ke atas pergerakan hujung joran atau penunjuk ragutan yang 
digunakan. Lampam jawa yang hidup di sungai kurang menggemari makanan 
berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding lampam jawa yang hidup di kawasan air 
tenang. Selain umpan biasa seperti dedak dan roti, anda boleh mencuba 
hirisan buah kelapa sawit, cacing dan juga perut ayam.

Ramai pemancing yang saya temui terlalu memandang rendah kemampuan ikan 
lampam. Bagi saya, maksud sukan dalam memancing adalah terletak pada diri 
sendiri asalkan anda tidak menyekat hak orang lain yang ingin memancingnya. 
Tidak ramai antara kita yang mampu dari segi wang dan masa semata-mata 
untuk memancing kelah di Ulu Terengganu setiap minggu. Jadi, ikan lampam 
mampu menghilangkan rasa bosan memancing daripada menunggu trip 'kelah' 
untuk beberapa bulan lagi.

Kirim email ke