Tulisan ini mengandung kebenaran, penyebab2 itu adalah dikarenakan para orang
tua atau keluarga tidak mau mendengarkan penjelasan orang yang berpindah agama
dari Islam ke Kristen tersebut, bahkan mereka menjulukinya si Murtad, julukan
ini seolah-olah agama Islam itu benar, padahal tentulah orang yg pindah agama
itu merasakan bahwa agama Kristen lebih benar daripada agama Islam. Kalau
tidak, mana mungkin dia mau pindah agama, dari Islam masuk Kristen.
Tapi alangkah bijaknya para orangtua serta keluarga jika mau mendengar cerita,
penjelasan serta pengalaman iman orang tersebut, kenapa ia sampai pindah agama,
dari tadinya Islam sekarang sudah menjadi Kristen. Sungguh tidak bijaksana
kalau langsung menghakimi saudaranya ini dengan murtad dan kafir, sebab apa yg
dituduhkan itu sejarusnya dibuktikan nanti pada akhir zaman, pada penghakiman
seluruh umat didunia baik yg sudah mati maupun masih hidup. Meraka/umat didunia
ini akan tahu, umat dari agama apa/mana yang benar dan bisa/pasti diselamatkan
!!! Semua itu akan terbukti pada penghakiman terakhir pada akhir zaman oleh
Hakim Yang Adil !!!
zebaoth_jehova99 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Terdapat beberapa sebab mengapa orang Islam yang memeluk agama Kristian
mengalami penolakan dari keluarga dan juga ancaman atas nyawa mereka. Beberapa
sebab yang mungkin adalah seperti berikut:
Tekanan mental dan emosiyang kuat oleh penganut baru sering kali menyebabkan
dia mengasingkan diri dari keluarganya. Kata-kata tuduhan dan kecaman yang
sering dilafazkan mengganggu minda dan tangisan ibu serta amarah bapa mengacau
emosi. Keadaan huru-hara dan tegang dalam rumah juga menggalakkan penganut
agama Kristian ini memindahkan diri.
Banyak keluarga menolak bahkan menyangkal penganut Kristian baru itu
daripada keluarga mereka. Ini adalah kerana pilihan untuk memeluk agama
Kristian dipandang sebagai satu penghinaan besar kepada keluarga serta agama
Islam. Banyak keluarga berasa malu yang amat sangat ketika diketahui ada ahli
keluarga mereka yang telah menjadi orang Kristian.
Banyak kali, keluarga si pemeluk agama Kristian ini menggunakan usaha-usaha
'keras' untuk mengislamkan kembali ahli keluarga mereka yang telah murtad. Ini
termasuk mengurung mereka dalam bilik, menghantar mereka ke bomoh (untuk
menerima "rawatan") dan menghadiri kelas-kelas pemulihan akidah oleh ahli-ahli
agama Islam. Kaedah-kaedah ini bukan hanya bertujuan mengubah keputusan orang
Kristian itu tetapi juga memudaratkan kesihatannya. Ramai orang Kristian
melarikan diri apabila keadaan ini berlaku.
Apabila keadaan seperti ini berlaku, adalah sukar untuk orang yang telah
menjadi orang Kristian itu untuk kembali kepada keluarganya: mereka menolaknya
dan dia berasa susah ketika bersama mereka. Syukur kepada Allah ada keluarga
yang berubah dan berlembut hati setelah beberapa lama dan orang Kristian ini
dapat bermesra semula dengan keluarganya.
Ada satu fahaman dalam Islam (mengikut terjemahan beberapa mazhab Islam)
bahawa orang yang murtad, setelah usaha tiga kali diajak kembali ke Islam
gagal, mesti dibunuh. Dari buku "Satu Analisa Mengenai Murtad" penulisnya Dr.
Amran Kasimin berkata, "Ulama telah sepakat mengatakan bahawa hukum murtad
ialah hukum bunuh berdasarkan kepada Hadis." Orang Islam yang berpegang kepada
ajaran ini tidak segan melaksanakan hukum itu dan inilah mungkin sebabnya ada
yang telah dibunuh (walaupun setakat ini tidak ada pengakuan dari pihak-pihak
yang terlibat)
Ini ialah beberapa sebab mengapa orang Islam yang memeluk agama Kristian
mengalami keregangan dalam keluarga dan ancaman maut atas nyawa mereka. Semoga
dalam dunia moden ini, manusia tidak akan lagi mengamalkan hukum bunuh kerana
bertukar agama tetapi sebaliknya memberi kebebasan dan penerimaan sepenuhnya
kepada sesiapa pun apabila dia memilih satu-satunya agama menjadi agamanya.
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and
always stay connected to friends.