Nabi Isa AS Turun Dari Sorga Menyelamatkan Umat Islam  New Updated !

 A. Sabda Nabi SAW,
“Ketika
al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu
mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka
al-Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam
(sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa meletakkan kedua-dua belah
tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata,
“Silakan maju ke hadapan dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang
subuh) ini diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para
mukmin dan Nabi Isa AS.”
   (Ibnu Majah & Abu Nuaim)

B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi
memalingkan kepalanya ke kanan dan ke
kiri (memerhatikan makmum pada saf pertama), maka ketika itulah Nabi
Isa turun dari langit, laksana menitisnya air daripada rambut al-Mahdi.
Lantas al-Mahdi berkata, “Sila ke depan dan jadilah imam (kami).” Nabi
Isa menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamatkan untukmu.”
Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang seorang lelaki daripada
keturunanku.”    
  (At-Tabrani & Abu Nuaim)

Setelah
cukup empat puluh hari Dajjal memerintah dunia dengan keadaan yang amat
menderitakan seluruh kemanusiaan, manusia yang mengikutinya mulai amat
sadar betapa silapnya mereka kerana terlalu mengikut cakap-cakap Dajjal
itu. Betapa jauhnya perbedaan antara pemerintahan Islam sebelumnya
dengan pemerintahan Dajjal yang sedang memerintah pada hari ini.
Pemerintahan Islam cukup ideal dan baik, membawa rahmat yang tidak
terhingga kepada seluruh manusia. Pemerintahan Dajjal ini bukannya
membawa kebaikan, malah orang yang menuhankannya
pun turut mendapat susah dan takut. Begitu jauhnya perbedaan antara
kedua-dua bentuk pemerintahan ini.

Namun
untuk berpatah balik amatlah sukar pula, malah boleh dikatakan bahawa
pintu taubat sudahpun Allah tutup untuk setiap yang mengikut Dajjal
itu. Maka mereka menjadi golongan yang amat menyesal. Dalam keadaan
yang penuh menyesal itulah Allah turunkan Nabi Isa AS untuk menolong
umat Islam, membawa khabar/berita gembira kepada  seluruh umat Islam
yang sedang sangat menderita itu. Turunnya Nabi Isa AS bukanlah sebagai
seorang rasul yang akan mengembangkan ajaran baru. Tugas itu sudahpun
ditutup dengan wafatnya Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun
dahulu, dan Isa AS lah yang nantinya akan mengadili umat manusia baik
yang mati maupun yang hidup, Isa AS lah sebagai Hakim Yang Adil dan
Agung, siapa yang masuk sorga dan siapa yang mendapat siksaan api
neraka ! Isa As lah yang menutup zaman ini. (Bdk Hadist Muslim No 104,
127).

Tugas
pertama Nabi Isa AS adalah sebagai pembunuh Dajjal. Untuk tujuan itu,
Nabi Isa AS diturunkan oleh Allah pada waktu subuh, ketika umat Islam
sedang berdiri untuk mengerjakan sembahyang subuh. Turunnya Nabi Isa AS
ini memang mengejutkan seluruh umat Islam. Selepas sembahyang subuh
itulah Nabi Isa AS bersiap-siap untuk membunuh Dajjal seperti yang
Allah SWT perintahkan kepadanya sebelum turun ke bumi ini. Dari mana
turunnya Nabi Isa AS itu tidak perlulah dikaji-kaji dan
dicungkil-cungkil. Yang penting sekali, Nabi Isa AS sudahpun turun
semula ke dunia, dalam keadaan seolah-olah orang yang baru berusia 33
tahun, sama seperti keadaannya sewaktu Isa AS diangkat oleh Allah naik
ke sorga !  


      

Kirim email ke