Pernahkah anda melihat kuburan?
Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang 
selain anda?
Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan 
keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat...
Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan 
ulat-ulat ...
Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah...
Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang 
mengerikan...
Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan 
dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama.  Nikmat kemewahan 
dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia 
bersependapat bahawa kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu 
atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus 
bersiap-siap kerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri 
di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggotnya'.

Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak 
menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?

Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat.  Jika seseorang selamat daripadanya, 
maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, 
maka setelahnya lebih mengerikan."

Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat 
suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya." HR. Ahmad 
dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh  Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, 
diantaranya beliau berkata:

Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. 
Lihatlah, betapa berdempetnya (sempit) rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada 
orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka?
Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah 
kemiskinan mereka?
Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata 
yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?.Tanyakan pula tentang 
kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik
jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di 
balik kafan-kafan mereka?
Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah 
dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia?
Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka?
Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi?
Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur?
Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal?
Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka?
Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka?
Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi?
Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja?
Bukankah mereka berada dalam kegelapan?
Mereka telah terputus dengan amal mereka.
Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap 
keluarganya.

Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan!
Kenapa engkau terpedaya dengan dunia?
Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka 
amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar dapat menghimpun amal 
sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah 
dikuburkan.

Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, 'Celaka engkau 
wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati?
Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?'

Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap 
kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan 
sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang 
menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang
sangat mengerikan. Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?'  Lalu beliau 
rahimahullah menangis.


NASIHAT TENTANG KUBUR

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata, 'Hendaknya orang yang masuk ke 
kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang 
dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan 
oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin
mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin 
mereka timbun. Lalu
hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya 
anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa 
baru saja ia bercengkerama dengan
mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar melihat keadaan 
mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan 
dibangkitkannya ahli kubur.  Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari 
kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua 
sibuk dan panik dengan urusannya sendiri.

'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang 
yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain 
kuburan tempat tinggalmu.
Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan 
diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, 
bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu.
Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut 
kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'

Penyair lain berkata:

"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas 
kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang 
miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. 
Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan 
kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. 
Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si 
miskin?"

Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala 
seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu 
yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya 
berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru
datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami? Tidakkah 
engkau merenungkan
tentang kematian kami yang mendahuluimu? Bukankah engkau mengetahui bahawa amal 
kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu?
Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara-saudaramu?


FITNAH KUBUR

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di 
kuburan?
Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang 
kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun 
menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah 
kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' 
bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, 
maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu 
menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap 
apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."   Al-Mu'minun: 99-100

Kemudian ia menjawab sendiri, 'Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai 
Rabi'.
Dan kerananya ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan 
ibadah dan takwa kepada Allah.

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang 
bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada 
di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di 
Hari Kiamat nanti?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari 
penyesalan?


SEBAB SIKSA KUBUR

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan 
kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan dan mengampu.
2. Tidak cebok sehabis buang air kecil.
3. Sholat tanpa bersuci.
4. Berdusta.
5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat.
6. Tidak mengeluarkan zakat.
7. Zina
8. Mencuri
9. Berkhianat
10. Menfitnah sesama umat Islam
11. Makan riba
12. Tidak menolong orang yang dizalimi
13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )
14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki
15. Membunuh
16. Mencaci sahabat
17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika keadaan manusia 
banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah 
dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. 
Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal
didalamnya terdapat penyesalan dan siksa.
Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di 
dalamnya adalah bencana.  Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk 
mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi 
dipenuhi.'


YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur 
adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam 
maksiat dan dosa.  Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya 
setiap muslim melakukan perhitungan
atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya 
pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada 
malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia 
meninggal dalam keadaan
telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan 
bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan.  Dengan demikian ia masih 
berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum 
dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, sentiasa mengingati 
Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. 
Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan 
untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan 
dari siksa kubur, di antaranya:
1. Sentiasa mengikatkan diri di jalan Allah.
2. Mati syahid di jalan Allah.
3. Membaca surat Al-Mulk.
4. Meninggal kerana sakit perut.
5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.


MANFAAT ZIARAH KUBUR

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang 
mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji.
Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan 
dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima 
pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa 
mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu 
merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.

'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para 
penikmatnya. Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di 
dalamnya.'


SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya 
kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di 
hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air.
Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya 
seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... 
Sesungguhnya  kematian itu ada sakaratnya."
HR. Al-Bukhari

Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: 
"Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut." HR. Ahmad dan Tirmidzi, 
dihasankan oleh Hakim

Yang dimaksud dengan sakarat yaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang 
kematian.

Wallahu'alam Bisshawab


[Non-text portions of this message have been removed]






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke