Assalamu 'alaikum Wr. Wb,

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat
kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah
mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan
tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap
kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar
mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika
segala-galanya serba cukup. 
Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu
mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar
yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu
sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga
kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka
setia atau dagangnya laris. 
 
"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis.
Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah."
Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu
suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil
sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas
keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki
keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat
pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan
hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia. 
 
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. 
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang
disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji
kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu." 
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu
tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja." 
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap
tegas. 
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah. 
 
"Akan saya teruskan!" 
Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah
perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan
badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan.
Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian
dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran
saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah.
Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang
Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat
dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu," 
 
Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah
kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup
berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap
pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya.
Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah
niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. 
Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari
pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar
sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar
wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang
kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai
terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu.
Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya
tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai
marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali. 
 
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita
bakal dapat lapan dinar sekaligus." 
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi.
Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. 
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon
itu." 
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya
hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. 
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam
dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah
jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.
Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar. 
 
"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. 
"Berhenti, jangan lanjutkan." 
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." 
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan
iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim
tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan
saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" 
Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh
menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah.
Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku
takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana
tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan
seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang
saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu." 
 
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa
bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi.
Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula
untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang
adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang
semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang
berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi
keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama
untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ? 
 
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah
(berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak
mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat),
bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya
(tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." 
Hadith Riwayat Muslim


[Non-text portions of this message have been removed]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Everything you need is one click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/AHchtC/4FxNAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke