Minda Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi
http://www.rufaqadaily.com

Pemimpin Sebagai Wakil Tuhan

Nabi Musa a.s. merupakan salah seorang rasul yang memiliki darjat
Ulul Azmi. Darjat Ulul Azmi ini
hanya dikurniakan oleh Allah SWT kepada
rasul-rasul-Nya yang sangat sabar
dengan kerenah atau ragam umatnya.
Nabi Musa a.s. sebelum mencapai
darjat tersebut telah dianugerahkan
oleh Allah SWT satu pengalaman dan
sekaligus menjadi pengajaran untuk
bagaimana hendak bersabar menghadapi
kaumnya.
Nabi Musa a.s. pernah diberi pengalaman
sebagai seorang pengikut
kepada Nabi Khidir a.s. Pengalaman
tersebut sengaja Allah SWT lakukan
kepada Nabi Musa a.s. Melalui pengalaman
itu, Nabi Musa a.s. difahamkan
oleh Allah SWT tentang betapa sukar
dan susahnya seorang pengikut itu
hendak memahami kemahuan dan kehendak seorang pemimpin,
lebih-lebih lagi paling sukar ialah hendak berlaku
taat kepada pemimpin.
Apabila Nabi Musa a.s. menjadi pengikut kepada Nabi
Khidir, syarat utama yang diberikan ialah jangan persoalkan
tindakan pemimpin. Ertinya pengikut jangan persoalkan apa
saja keputusan, rancangan dan tindak-tanduk pemimpin terutamanya
dalam aspek yang tidak difahami. Seorang pemimpin
sejati yang dipimpin oleh Allah SWT, ideanya, keputusan,
perancangan dan tindak-tanduknya adalah tepat dan selaras
dengan kehendak Allah SWT. Itulah ertinya pemimpin yang
dipimpin oleh Allah SWT. Pada diri pemimpin itu dikurniakan
ilham dan juga dilimpahkan oleh Allah SWT hikmah yang
tidak terhingga. Pemimpin saja yang dapat menyelami berbagai
hikmah di sebalik sesuatu perkara.
Bagi pengikut pula, mereka jangan mudah mempersoalkan
pemimpin. Janganlah kerana ada sesuatu yang kita tidak
faham atau sesuatu yang akal tidak dapat mencapainya, lantas
mempersoalkannya, lebih-lebih lagilah tidak boleh memprotesnya.
Melainkan perlu yakin dan taat saja. Ketaatan itu
bukannya satu kesalahan bahkan sangat dituntut. Ini bagi
memudahkan seorang pemimpin mengendalikan urusan dan
perancangan untuk pengikut. Tentulah akan banyak gangguan
apabila pengikut asyik mempersoalkan dan memprotes sesuatu
yang datangnya dari pemimpin.
Pengalaman dengan Nabi Khidir itu telah menjadikan Nabi
Musa a.s. dapat menyelami dan memahami sikap seorang
pengikut. Mulai saat kegagalan dirinya sebagai pengikut yang
tidak boleh tahan dengan tindak-tanduk Nabi Khidir a.s.
sebagai pemimpinnya, maka Nabi Musa a.s. sangat bersabar
terhadap umatnya.
Dari sudut kewajaran, memanglah pengikut mesti taat dan
menurut saja kepimpinan seseorang pemimpin. Dari segi teorinya,
begitulah yang sepatutnya dan yang sebaiknya. Namun
dalam realitinya, para pengikut tidak mudah untuk taat setia.
Kerana untuk berlaku taat, pengikut perlu terlebih dahulu
menundukkan nafsunya sendiri terutama sifat egonya.
Sangat sedikit di kalangan pengikut ini yang dapat tembus
pemahamannya terhadap pemimpin. Lantaran tidak faham
dan juga tidak taat pula maka tercetuslah berbagai kontra dan
perbezaan pendapat dan pandangan. Maka dari situlah Nabi
Musa a.s. menetapkan satu pendirian bahawa selaku pemimpin
umat maka dirinya perlu memiliki sifat sabar yang tinggi.
Di atas kesabaran Nabi Musa a.s. terhadap kaumnya itulah
maka Nabi Musa a.s. mencapai darjat Ulul Azmi.
Nabi Musa a.s. berhadapan dengan Firaun yang kejam.
Ancaman keras dan zalim Firaun itu memaksa Nabi Musa a.s.
melarikan diri dari bumi Mesir. Nabi Musa a.s. bersembunyi
dan mendapat perlindungan Nabi Shuib a.s. di daerah
Madyan. Apabila Nabi Musa a.s. kembali ke bumi Firaun, ketika
itu bukan sahaja menghadapi ancaman Firaun, Hamman
wazir Firaun dan juga Qarun, tetapi juga menghadapi kaumnya
Bani Israil yang terkenal degil dan keras kepala. Bani Israil
ini seringkali memperlecehkan dan mempermainkan Nabi
Musa a.s.
Apabila datang larangan supaya tidak menangkap ikan hari
Sabtu, Bani Israil ini sengaja melanggar larangan tersebut
malah mempermainkannya. Mereka memasang pukat pada
hari Jumaat. Apabila mereka mengangkat pukat pada Hari
Sabtu, mereka dengan mudah memberi alasan bahawa ikan
itu telah memasuki pukat pada Hari Jumaat, cuma mereka
mengangkatnya pada hari Sabtu.
Begitu juga dengan peristiwa lembu betina (Al Baqarah)
yang menjadi salah satu surah dalam Al-Quran. Mereka mempertanyakan
lembu yang hendak dipilih itu atas maksud mempermain-
mainkan Nabi Musa a.s. dan memperlihatkan kedegilan
mereka. Dalam tempoh yang singkat saja Nabi Musa
a.s. menaiki Thur Sina untuk bermunajat kepada Allah SWT,
sekembalinya dari munajat itu sebahagian pengikutnya sudah
berpaling menjadi penyembah berhala.
Ragam umat yang bermacam-macam inilah memerlukan
sifat sabar seorang pemimpin. Pemimpin yang sabar saja yang
bakal berjaya memimpin umat. Kesabaran itu pula hanya akan
diperolehi dengan bantuan Allah SWT. Maka pemimpin itu
perlu sedar bahawa Allah SWT pilih dirinya menjadi pemimpin
itu semata-mata sebagai wakil Allah SWT. Wakil Allah
SWT ertinya membuat kerja-kerja bagi pihak Allah SWT. Dirinya
hanyalah sekadar salah seorang dari hamba Allah SWT,
dan tidak lebih dari itu. Siapanya manusia ini, semuanya adalah
hamba ciptaan Allah SWT. Di sisi Allah SWT tiada sebarang
perbezaan. Hanya yang membezakan dirinya dengan manusia
lain ialah pada fungsi, amanah, tanggungjawab dan tugas.
Pemimpin adalah hamba Allah SWT yang diberi peranan
dan tanggungjawab untuk memimpin hamba Allah SWT yang
lain. Peranan dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan bertepatan
dengan kehendak Allah SWT. Allah SWT jualah yang
akan menyempurnakan urusan kepimpinan itu.
Apabila seseorang pemimpin itu hilang kesabarannya maka
dengan sendiri dia sudah cuba memesongkan peranan
pemimpin sebagai wakil Allah SWT kepada mewakili dirinya
sendiri. Dalam keadaan itu maka bantuan Allah SWT sudah
terputus. Maka kepimpinannya gagal dan manusia tidak terpimpin.

(Disusun oleh Mejar Abu Dzar)




______________________________________________________________

Disclaimer :
- This email and any file transmitted with it are confidential and
are intended solely for the use of the individual or entity whom
they are addressed, if you are not the original recipient, please
delete it from your system.
- Any views or opinions expressed in this email are those of the
author only.
______________________________________________________________

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke