2 minggu yang lalu saya bersama beberapa rakan pergi rehlah di KLCC kami membincangkan kejadian alam. sekadar mahu berkongsi, sebenarnya rehlah kami diikuti dengan beberapa soalan yang diberikan oleh naqibah masing-masing mengenai kejadian alam. Hebatnya aL-QURAN kebanyakan yang perkara yang baru sahaja diketahui oleh para saintis telah lama diberitahu dalm al-Quran. berikut merupakan hasil perbincangan kami, Selepas saintis menjalankan kajian baru mereka dengan pasti menyatakan bahawa kejadian hujan ada kaitan dengan awan, subhanallah! kejadian Awan; Dalil: { ٱللَّهُ ٱلَّذِي يُرْسِلُ ٱلرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَاباً فَيَبْسُطُهُ فِي ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفاً فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلاَلِهِ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ } AR-RUM:48 Allahlah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki tiba2 mereka bergembira. kemudian cuba sahabat2 teliti ayat dibawah kenyataan bahawa gunung yang menguatkan struktur muka bumi muncul selepas kedatangan AL-QURAN sememangnya ALLAH maha besar kejadian Gunung/ bukit; Dalil{ خَلَقَ ٱلسَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَىٰ فِي ٱلأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ } LUQMAN:10 Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya , dan dia meletakkan gunung2 ( di permukaan ) bumi agar ia ( bumi ) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi . dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuhan yang baik. Banyak lagi ayat lain yang menunjukkan keagungan Allah oleh itu sebagai umat Islam janganlah kita bertelagah sesama sendiri atas persoalan yang tidak penting, mari kita bersatu di dalam jemaah Islam semoga dapat mengambalikan keemasan islam yang telah hilang. WALLAHUALAM.....
--------------------------------- Kini dengan simpanan sebanyak 1GB http://my.mail.yahoo.com/ [Non-text portions of this message have been removed]