Assalamualaikum Wr. Wb.

Ibu Suhana , ini saudara kita seiman  yg di Malaysia sangat senang 
mendapat jawabannya
dari ibu yg baik.
Saya akan bantu dengan terjemahan Malaysia ke Indonesia, biar agak jelas.
Mudah-mudahan dapat membantu :

kakitangan - pegawai
kerajaan - pemerintah
jawatan - jabatan
RM- ringgit malaysia
wang - uang
perkongsian - hidup bersama(kerjasama)
baki-sisa
diduduki - ditempatkan,tinggal
dikawal penuh - dikuasai

Demikian hendaknya...

Terima kasih

Wassalamualaikum Wr. wb.
Nuryadi


salmiah salmiah wrote:
> Soalan 1:  Saya kakitangan kerajaan berjawatan sokongan, bergaji pokok 
> RM1917.90 + elaun RM450.00 jumlah semua RM2369.90 tetapi gaji bersih atas 
> slip RM1497.59 sahaja, tidak termasuk lagi wang persekolahan anak, kelas 
> tambahan dan perbelanjaan harian lain yang biasanya dalam tempoh seminggu 
> dari gaji dah langsai.  Persoalannya sekarang hati saya merasa bimbang, 
> kerana apakah saya perlu membayar zakat pendapatan, kerana sepanjang saya 
> bekerja selama 26 th saya tidak pernah membayar zakat pendapatan lagi.
>    
>   Soalan 2: Saya pernah membeli rumah hasil perkongsian hidup dengan bekas 
> suami, pembelian rumah kami buat melalui pinjaman bersama loan kerajaan, 
> tetapi saya hanya membahar baki pinjaman yanag tak cukup sahaja, kerana pada 
> ketika itu gaji kami terlalu kecil dan suami saya tak layak untuk mendpat 
> pinjaman penuh. Walaupun kami dah berpisah selama 4 tahun rumah tersebut 
> masih atas nama kami berdua lagi.  Kami bercerai secara damai, dan pada 
> ketika itu kami merancang agar rumah tersebut diduduki oleh anak hasil 
> perkongsian hidup kami apabila mereka dewasa kelak.  Buat masa ini bekas 
> suami saya sewakan rumah kami pada orang lain dengan kadar sewa RM500.00 
> sebulan, dan hanya menyerah kepada RM100.00 itupun setiap bulan kena minta. 
> Rumah dan sewa rumah kami di kawal sepenuh oleh isteri barunya.Baru2 ini anak 
> sulung kami tlh berkahwin dan meminta dari ayah untuk tinggal di rumah 
> tersebut, tetapi telah di beri amaran oleh isteri barunya supaya jangan 
> berani nak duduk di rumah itu,
>  pada pandangan saya isteri baru beliau tak da hak keatas harta tersebut. 
> malangnya bekas suami saya terikut2 kemahuan isterinya. saya difahamkan sewa 
> rumah tersebut di guna untuk membayar hutang kereta isteri baru beliau.  Saya 
> meminta pandangan atas kemusykilan tersebut, dan dari segi pembahagian harta 
> sepencarian apakah kelayakan saya sekarang, dan apakah hak anak2 juga.  Saya 
> ingin menuntut keadilan, dan layakkah saya menjual rumah tersebut dan berapa 
> bahagian yang perlu saya tuntut
>
>               
> ---------------------------------
> Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
> http://my.mail.yahoo.com/
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>
>   


Kirim email ke