FALSAFAH DAN HIKMAH SEJARAH(Bahagian 3) Di sini barulah kita faham membunuh orang tu bukanlah utama, sebab itu Rasulullah SAW sendiri banyak kali berperang, ada masanya ada peluang untuk membunuh tetapi tidak dilakukannya, menunjukkan Rasulullah SAW ini, hal yang menyalahi keutamaan pun dia tak buat. Bukan yang makruh pun, yang haram lagilah beliau tak buat.
Sebab beliau berfikir kalau orang ini aku tak aku bunuh, keturunannya boleh masuk Islam. Kalau dia kubunuh, tak ada keturunannya masuk Islam. Betapa Ikhlasnya Rasulullah SAW berjuang. Dalam Islam ini yang utama ialah kita kena bunuh bukan kita bunuh orang sebab bila kita kena bunuh, kita dapat syahid. Kalau bunuh orang, orang itu dapat sakit. Tapi di Indonesia kerjanya [yg militan] mereka bunuh orang. Kalaulah bunuh orang kafir itu utama, tentu Rasulullah SAW yang paling banyak melakukannya. Dalam perjuangannya Nabi Musa tidak berperang dengan Fir`aun, dia melari-larikan diri.Bukannya takut, tetapi untuk elakkan peperangan. Bila sudah kemuncaknya perjuangan melawan Fir`aun, bila sudah sampai masanya Tuhan musnahkan Fir`aun, terjadilah peristiwa yang Fir`aun sepatutnya menang, tetapi tak menang. Nabi Musa yang sepatutnya kalah, tetapi tak kalah. Hikmahnya, pejuang-pejuang kebenaran = ketika logiknya mereka kalah, mereka tak kalah, tetapi menang. Ketika logiknya menang sebaliknya kalah. Nabi Musa menghadapi 2 ancaman, dari pengikutnya dan dari Fir`aun.Tersesat di padang teh 40 tahun, kalau kita mungkin sudah lari . Menunjukkan betapa ikhlasnya Rasul-rasul berjuang. Kita tidak, kita sebut berjuang kerana Tuhan,bila susah sikit, lari. Rasul-rasul berjuang kerana Tuhan, walaupun susah dan terpaksa sesat 40 tahun, tak lari, kerana begitu mendalamnya cinta dengan Tuhan. Jadi kita kena belajar dari sejarah ini. Kalau betul kita cintakan Tuhan, duit menjadi kecil, masa kecil, fizikal kecil, nyawa kecil.Kalau kita masih berkira masa, duit, kita bukanlah orangnya. Semasa Fir`aun sudah mati , tenteranya sudah punah. Nabi Musa dan pengikutnya menang. Tetapi Tuhan tak bagi kuasa memerintah pada Nabi Musa.Yang naik memerintah Mesir waktu tu orang Qibti yang lain. Sedangkan Nabi Musa dan orang-orangnya boleh ambil alih. Mengapa Tuhan bagi begitu? Supaya jadi pengajaran bagi orang kemudian supaya janganlah memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran ini dengan tujuan memerintah, kecuali sudah dijanjikan Tuhan, itu lain. Ini menunjukkan kuasa memerintah di dunia bukan sesuatu yang besar,yang besar adalah Syurga. Kalaulah Allah menilai besarnya kuasa memerintah,tentu Allah akan bagi pada Rasul-rasulnya, sedangkan 3 Rasul saja yang diberi kuasa memerintah : Nabi Muhammad, Nabi Daud, Nabi Sulaiman. Seolah2 Tuhan berkata, kalau kamu diberi kuasa nak memerintah, ikut cara 3 orang itu. Kalau tidak, jangan memerintah, cukuplah berjuang sampai orang cintakan Tuhan. Falsafah dan hikmah sejarah jarang orang katakan, sebab itu bila kita membaca sejarah tidak mendidik jiwa. Kerana tu di dalam Quran diselitkan sejarah, ada maksud, iaitu untuk mendidik dan memberi pengajaran. Ustaz Haji Ashaari Muhammad http://www.rufaqa.com http://rufaqadaily.com http://www.mawaddah.com.my http://www.motivasiharmoni.com http://www.rufaqashop.com http://groups.google.com/group/KhabarGembira http://uk.groups.yahoo.com/group/KuliahSZ http://uk.groups.yahoo.com/group/MawaddahTerkini ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/WXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/mencintai-islam/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/