Tetangga kita malaysia Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad memaklumkan rakyat di negara ini boleh menikmati harga runcit minyak petrol serendah RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas sekiranya harga minyak mentah di pasaran dunia berada pada AS$72 setong. Beliau memaklumkan harga minyak mentah itu akan boleh terus menurun sekiranya tidak mendapat permintaan yang tinggi dari negara maju berikutan kemelesetan ekonomi. "Kerajaan menurunkan harga minyak berpandukan fakta dengan mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar. Contohnya, kalau lihat kepada tahun 2006, ketika itu harga minyak mentah berada pada AS$65 setong dengan harga minyak RM1.92 seliter di Malaysia, semasa dengan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika RM3.80. Jadi kalau hendak nikmati semula harga RM1.92 seliter itu, maka harga minyak dunia perlu cecah AS$72 setong. Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika," katanya.
