Air Mata Taubat Nabi Adam a.s. Tahukah saudara
semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi
Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana
terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud diatas
gunung selama 100 tahun.

Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir
di
jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa
ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu
berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar
kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat
menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari
air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam
setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara
semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan
semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu di jawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan
pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah
cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya
mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap
sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor
binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"
berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam
masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

Oleh :Zindagi Ekk Safar (bohot bohot syukria)©
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke