Tentu menjadi kurang serinya bila mana ada sikap permusuhan antara kita mengapa ini harus terjadi sedangkan kita sebagai makhluk allah yg dijadikaNya mempunyai kelebihan itu dari segi pemikiran...tapi mengapa ianya tidak digunakan secara elok. mengapa ini harus terjadi.....? Cuba kita fikirkan kalau boleh yg jauh kita dekatkan yg dekat kita eratkan tapi sejak akhir2 ini yg jauh makin jauh yg dekat makin menjauhkan diri...adakah ini dinamakan persahabatan...tentu tidak bukan? ingatlah wahai sahabatku sekelian kalau benar apa yg dikata...perlukah kita teruskan permusuhan ini..tiadakah jalan penyelesaiannya....? Jgn cari kelemahan org lain carilah kelemahan diri sendiri...perpatah kata berbuat baik berpada2 buat jahat jangan sekali....

Saya rasa hampa dengan tindak tanduk sebahagian ahli mymasjid....tidak berani menyatakan kebenaran dan tidak berani menghadapi kenyataan....kerana sikap ego kitalah yg menyebabkan lahirnya sikap permusuhan...apa yg saya harapkan pada yg tua berilah tunjuk ajar pada yg muda dan pada yg muda perlulah menghormati yg tua...jgn bila dah tua tunjuk sikap yg buruk sepatutnya menjadi tauladan kepada yang muda....tapi lain jadinya. kalau bertepuk sebelah tangan mana nak datang bunyinya. begitu juga pokok takkan bergoyang kalau tak digoyangkan atau ditiup angin.

saya bukanlah seorang insan yg baik...tapi saya tahu akan yg ditegah...terkadang tu hawa nafsu juga merosakan kehidupan..jadi cuba kita hindarkan. Berbaik2lah kamu semua...selagi hayat dikandung badan selagi itulah saya akan cuba mengingatkan kamu semua...walaupun ada yg tidak menyenanginya...saya tahu.....saya serahkan padaNya kerana ia maha Mengetahui...apatah lagi yg baik drNYa yang buruk dari kita.

lautan mana yg tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yg tidak melakukan kesilapan...oleh itu mengertilah kita hidup di dunia yang fana ini ibarat seperti buih2 sabun bila2 masa aje boleh pecah oleh yang sedemikian sedarlah wahai teman ku jangan terlalu ikut perasaan. Hentikan permusuhan elakan persengketaan sama2lah kita eratkan tali persaudaraan insya Allah diberkhati olehNya.
Oklah kalau ada kesalahan atau yg menyinggung perasaan harap maafkan sesungguhnya saya hanya manusia yang lemah tidak lepas dr sebarang melakukan kesilapan....

Oleh :halida
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke