salams
Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nuur ayat 22 yang bermaksud: "Dan (Sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; (tidaklah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Ayat ini diturunkan berhubung dengan fitnah yang ditujukan kepada Aisyah isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di antara pelaku yang ikut menyebar fitnah itu adalah Misthah bin Usatsah seorang kerabat Sayidina Abu Bakar. Padahal nafkahnya ditanggung oleh Sayidina Abu Bakar setiap hari. Akan tetapi ketika didengar bahawa Misthah terlibat dalam penyebaran berita bohong, Sayidina Abu Bakar menjadi marah dan bersumpah akan menghentikan bantuan nafkahnya yang selama ini menjadi tanggungannya. Perbuatan Sayidina Abu Bakar itu dilarang oleh Allah Taala kerana sebaik-baik orang adalah orang yang berlapang dada dan suka memberi maaf. Maka turunlah ayat di atas sehingga Sayidina Abu Bakar memaafkan kerabatnya itu serta tetap memberikan nafkah kepadanya.

klau dia tak tak nak mintak maap kita ajee maapkan dia esok2 kita gak jejak syurgakan..

pastu kalau diaorg tak nak ucap tima kasih slumber badak jee sebut kat org tu TIMA KASEEEEHHH ..biar dia cuak skit..he..he..



Oleh :switch
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke