Tatapan coretan ini adalah utk insan-insan yang terperangkap dengan manisnya sebuah janji yang diputar belit dan mereka menjadi mangsa pada panahan sebuah cinta duka.

Kerana aku sayang padanya,aku sanggup hilang teman ,hilang saudara ,hilang segala yang kumiliki.Aku sanggup membiarkan org tuaku terkapai-kapai memanggilku kembali tetapi aku tetap mahu menegakkan cinta yang tidak pasti.Malah kata-kata sayang,rindu menjadi satu tembok yang menghalang aku utk berbakti pada org tua yang telah lama menabur kasih yang leih dari apa yang kuperolehi dari si dia.Aku relakan diriku diperhambakan,diperbodohkan dan segala perbuatannya aku anggap sebagai guru yang pada hakikatnya mengajar aku pada kesilapan.

Aku sanggup menjadi mangsa pada kerakusannya yang mahu sekujur tubuhku tapi kemudian aku dibuang sepertinya aku tidak mempunyai hati dan perasaan.tetapi kedayusanku padanya,cintanya aku padanya menggelapkan segala pintu hatiku.Jika dulu akui adalah insan yang patuh menegakkan suruhan Allah....tapi kini segalanya kutinggalkan demi mengejar sebuah cinta yang dusta.....DUSTA sama sekali.Aku anggap segala kebahagiaannya adalah juga kebahagiaan buatku...dan aku mahu kami sama-sama merasa susah dan senang.Tapi apabila aku berduka,dia sedikit pun tidak menujukkan keperihatinannya malah aku dianggap memberi beban yang cukup besar padanya.

Dan apabila dia sudah dapat apa yang dimahukan,aku ditinggalakan dan segala pengorbananku cuma dibalas dengan sebuah kata-kata"Selamat tinggal".Dan aku masih percaya padanya............

Kerana kita manusia yang sukar menilai diri kita

Oleh :Fadzlini bt samsudin khan(hp:0168501363)
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke