Subject: [jihad] Slot Minda Pagi ............
Assalamualaikuummmm................
Sekadar renungan bersama. Adalah menjadikan kewajiban insan utk ingat meningati sesama sendiri. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Illahi. Amin....
HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :
1.? Semalam - Sudah menjadi sejarah
2.? Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3.? Esok - Hari yang belumpasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal
kita pada hari yang kedua.
HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1.? Nafas Naik
2.? Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah
keredhaanNya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1.? Hidup dalam keredhaan Allah
2.? Hidup dalam kemurkaan Allah
HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2TEMPAT :
1.? Kekal didalam neraka
2.? Kekal didalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan
kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu
darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk
mendapatkannya? Terjemahkan rukun ISLAM yang 5
itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama
mengirimkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1.? Dia mungkin didenda
2.? Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas
segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara
percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap
detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke
dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Wassalam.
~SeMaLaM AdaLaH KeNaNgaN..Hari Ini AdaLaH KeNyaTaaN..Esok AdaLaH HaRaPaN~...CenCaLuK!! MaI RaSa SeKaLi*
Oleh :Anak Melaka
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid