JANGAN SAMPAI MEMUSUHI KEBENARAN
Pepatah Arab ada mengatakan, "Manusia akan menjadi
musuh kepada apa yang ia tidak ketahui." Ertinya dalam kehidupan sehari-hari manusia amat bergantung kepada pengetahuan yang ia miliki dalam mengatur dan mencorakkan kehidupannya. Manusia tidak mudah menerima sesuatu yang masih tidak ada dalam pengetahuannya. Malah manusia akan menolak dan menunjukkan sikap penentangan terhadap perkara tersebut walaupun ia suatu kebenaran dan kebaikan . Ini suatu realiti hidup manusia. Namun sikap ini bukanlah suatu sikap yang baik malah sebaliknya ia merupakan sikap yang boleh merosakkan dan membinasakan hidup manusia itu sendiri. Jika kebenaran dan kebaikan yang ditentang maka sudah tentu kepalsuan dan keburukanlah yang akan ditegakkan. Dan akhirnya tunggulah akibat yang akan diterima. Lebih-lebih lagi berat akibat yang akan ditanggung jika perkara yang ditentang atau dimusuhi itu perkara-perkara yang melibatkan soal-soal keagamaan, peribadatan dan pengabdian diri kepada Allah swt. Jika hukum dan ketentuan Allah yang ditentang hanya berdasarkan fikiran atau ikut rasa sahaja maka tunggulah azab Allah samada di dunia mahupun di Akhirat.
Jadi untuk hidup selamat di dunia, manusia memerlukan panduan ilmu dan untuk selamat di Akhirat juga lebih-lebih lagi manusia memerlukan kepada ilmu pengetahuan. Atas dasar itulah Islam mewajibkan penganutnya menuntut ilmu terutama ilmu yang bersangkut paut dengan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yang manjadi asas dalam ajaran Islam. Banyak dalil-dalil yang boleh dijadikan sandaran tentang wajibnya seorang mukallaf itu menuntut ilmu. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menggambarkan
atau kiasan terhadap suruhan menuntut ilmu. Di antaranya ialah firman Allah yang bermaksud:> > "Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui." - An Nahl: 43 Di dalam ayat-Nya yang lain Allah berfirman yang maksudnya: "Mengapa tidak pula berangkat satu rombongan dari tiap-tiap golongan itu untuk mempelajari ilmu agama." - At Taubah: 122
Begitu juga firmannya yang bermaksud:
"Contoh-contoh itu Kami buat untuk menusia dan tidak
ada yang mengerti kecuali orang-orang yang berilmu." - Al Ankabut: 43
Di samping itu terdapat juga ayat-ayat Al Quran yang
menerangkan kemuliaan orang-orang yang berilmu. Ini juga memberi makna dalam menuntut ilmu itu suatu yang dituntut oleh Allah kepada hamba-hambanya. Di antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: "Di angkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu denga beberapa tingkat." - Al Mujadalah: 11 Ibnu Abbas r.a mengatakan, "Untuk ulama beberapa tingkat di atas orang mukmin dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu jaraknya sampai 500 tahun perjalanan."
Rasulullah saw dalam hadis-hadisnya amat menganjurkan umat Islam menuntut ilmu seperti sabda baginda yang bermaksud:
"Tuntutlah ilmu walau ke negari China sekalipun." -Riwayat Ibnu Uda dari Baihaqi Di dalam Islam tuntutan mempelajari ilmu pengetahuanbukan hanya terhadap ilmu-ilmu fardhu ain malah sebarang ilmu yang boleh membawa faedah kepada diri, masyarakat dan agama. Malah jika ilmu tersebut ada di negeri orang kafir sekalipun, tetap dianjurkan untuk> > dipelajari. Bahkan di dalam Islam anjuran menuntut ilmu itu tiada had masa atau tempoh tertentu. ia mesti dilakukan sejak dari dalam buaian lagi hinggalah ke liang lahad atau dengan kata lain hinggalah manusia itu mati dan masuk kubur. Ini jelas diterangkan dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud: "Tuntulah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad." Manakala tiada seorang ulama pun yang tampil menyangkal tentang kewajipan kepada setiap mukallaf untuk menuntut ilmu. Sejak dahulu hinggalah sekarang ulama sepakat tentang hukum tersebut. Sejarah telah memapar bahawa ulama-ulamalah golongan yang begitu mendorong umat kepada mempelajari ilmu. Bukan sahaja mereka menunjukkan teladan sebagai orang yang rajin menyelidik dan memperdalami ilmu tetapi mereka juga menulis kitab-kitab sebagai panduan kepada generasi kemudian untuk mempelajarinya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Imam Syafie r.a berkata, "Menuntut ilmu itu adalah lebih utama daripada berbuat ibadah sunnah." Dan berkata setengah hukama', "Apabila meninggal seorang ahli ilmu maka ia ditangisi oleh ikan di dalam air dan burung di udara. Wajahnya hilang tetapi sebutannya tidak dilupakan."
Oleh :cikmetal brutal yang .....
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid