40 hadis akhir zaman

Hadis 1
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra berkata : "Rasulullah telah menasihatkan kami suatu perkara yang menggetarkan hati kami dan telah menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Bagindapun bersabda : "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin AlMahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi

..bersambung...



bagaimanakan kumula..dan apakah kata-kata..utk ku abadikan..

Oleh :nuhann
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke