Suatu penyesalan

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di
hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba
mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar
biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain
disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada
orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang
tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya
dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan,
kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah
bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang
telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada
keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah
Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku
sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang
terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan
melihat kekuatan (iman) orang itu mengahadirkan diri
ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan
sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan
bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu
untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai
yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan
masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan
masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa
bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan
mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat
ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang
dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis
melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik
istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid
bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa
orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap
ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi
kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku
(Tarbiah) supaya aku beroleh hidayat.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir
mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui
dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin
lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis
makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut
tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan
bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya
Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana
sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat
hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku
penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami
dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa
yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga
datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian
dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu
minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal
atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan.
Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam
sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang
Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa
mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha
berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak
berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga
orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga
kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul
11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka
kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang
dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan
mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa.
Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar
di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya
telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa
ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban.
Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba
canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang
(kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan
hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan
ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga
akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang
dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak
kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya;
pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari
skrin televisyen tersebut.

Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini
dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan,
kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku
lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri
saya sendiri seolah-olah saya berada di klayak ramai
tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah
rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin
televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal
ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan
kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan
fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya
ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang
mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah
saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan
mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat
maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan
berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah
yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang
akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur
dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak
melakukan kebaikkan
........................................ya Allah,
tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau
membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa
dan penyesalanku ketika itu.

Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui
perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia
kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain
dengan memalukan di klayak ramai di dunia ini,
dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan
menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di
belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan
bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan
sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah
telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan bertapa
azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh
kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat
dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.
Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya
yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah
untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah
masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia
berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang
kami jumpa di dalam masjid. Soalan saya kini siapakah
dua orang yang saya jumpa yang menceritakan akan hal
ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya
atau.....?

Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah
telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia
seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak
mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan
maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang aku
teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau kayalan ini
adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau
tidak terserah pada diri masing-masing.............dan
saya masih hairan melihat manusia yang ketawa
terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai
hisab Yaumal Zalzalah?

Tolong ambil ikhtibar dari cerita ini.........saya
hanya boleh menyampaikan sahaja tetapi tuan/puanlah
yang boleh mengubah diri

Ihklas lillahi taala.....dengan harapan umat ini
selamat di dunia dan akhirat,tolong sampaikan

sifat keayuan bukan lahir dari perwatakkan kita tapi dari keikhlasan kita ketika berbicara....

Oleh :aisyahmunirah
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke