Petikan dari sebuah majalah untuk renungan bersama:

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang
wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai
hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan.Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian
wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan
terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah
SAW itu.Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum
Rasulullah SAW menjelaskan:"Tahukah kamu, sebenarnya
buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya
kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya. "Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat
baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

"Rebutlah lima perkara sebelum menjelang lima perkara; muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum fakir, masa lapang sebelum masa sibuk dan
hidup sebelum mati." [Hadith riwayat Hakim]


p/s :bila dah smpai waktu sibuk2 ni...mula lah terkenang waktu free dulu...dok goyangk kaki bukan main lg.....padan mukaku....uwaaaaaa....

Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dan dengan perkataan juga terbuka pintu neraka.....

Oleh :izan
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke