Manohara pulang dengan izin suami, kata teman karib Tengku TT
Jimadie Shah Othman | Jun 1, 09 1:20pm
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot bukan dilarikan atau melarikan 
diri, tetapi pulang dengan izin suaminya, Tengku Temenggung Kelantan, kata 
teman karib pasangan tersebut.

Manohara dalam sidang akhbar di Jakarta semalam mendakwa dia didera oleh 
suaminya, Tengku Temenggung Kelantan.

manohara odlia pinot kelantan 260509"Tengku Temenggung (Tengku Muhammad Fakhry 
Petra) tidak ada apa-apa (masalah). Manohara pulang dengan izinnya," kata Mohd 
Soberi Shafii kepada Malaysiakini pagi ini.

"Bukan dilarikan atau melarikan diri, tetapi pulang dengan izin," tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan berlakunya kekecohan antara pihak istana dan ibu 
Manohara, Daisy Fajarina di sebuah hotel di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam kejadian di Hotel Royal Plaza itu, Manohara membuat keputusan 
pulang ke Jakarta setelah pertemuan panjang selama tujuh jam dengan ibu dan 
kakaknya Dewi Seri Asih.

Bagaimanapun, Mohd Soberi mendakwa apa yang dikatakan Manohara dalam sidang 
akhbar di Jakarta itu "menurut arahan dan skrip ibunya" semata-mata.

"Dia (Manohara) takut pada ibunya. Dia hanya ikut suruhan ibunya. Ini semua 
telah ditetapkan oleh ibunya.

'Atur rancangan'

"Di waktu kecilnya, beliau pernah melihat kegarangan ibunya menyiksa orang gaji 
ketika di Perancis dahulu," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Soberi menafikan bekas model berumur 17 tahun itu didera 
secara fizikil, emosi dan seksual, termasuk disuntik hormon bagi menambahkan 
berat badan oleh Tengku Muhammad Fakhry.

"Tindakan Manohara cuma (diatur supaya) mengiyakan segala cakap ibunya selama 
ini," kata Mohd Soberi yang juga seorang ahli perniagaan itu.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Mohd Soberi (foto) juga 
berkata, Daisy telah mengatur rancangan awal bagi membawa pulang anaknya itu.

"Dia (Daisy) sudah aturkan. Di hotel, krew televisyen Singapura sudah ikut dia. 
Sampai di lapangan terbang di Jakarta, (Manohara) terus dibawa ke stesen 
televisyen untuk diwawancara," tambah Mohd Soberi.

Ditanya sama ada pasangan diraja itu akan bercerai, beliau berkata: 
"Terserahlah kepada Manohara. Kalau ingin bercerai, kita ikut proses 
perceraian. Tengku TT (Tengku Temenggung) ambil sikap serah (keputusan) kepada 
Manohara," katanya.

Beliau mendakwa, putera ketiga Sultan Kelantan itu juga tidak menyalahkan pihak 
kedutaan Indonesia atau Amerika Syarikat kerana membantu membawa keluar 
isterinya daripada kota Singa itu.

Pemeriksaan perubatan

"Beliau tidak salahkan kerajaan. Beliau tidak minta kerajaan selesaikan masalah 
keluarganya. Rakyat Malaysia tidak bodoh untuk memperalatkan kerajaan untuk 
kepentingan sendiri," katanya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 
02Media Indonesia melaporkan, Manohara dibantu kedutaan Indonesia dan Amerika 
Syarikat di Singapura untuk kembali ke Jakarta.

Dia dilaporkan tiba di negara seberang itu kira-kira 7 pagi waktu Indonesia.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, 
selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu dilaporkan akan diserahkan kepada peguamnya.

Mengulas perkara itu, Mohd Soberi berkata, Tengku TT mengalu-alukan pemeriksaan 
perubatan itu.

"Tengku TT alu-alukan. Sudah sampai masanya untuk menunjukkan bukti," katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Daisy di Jakarta setakat ini belum berhasil. 


--- In obrolan-bandar@yahoogroups.com, Cak Osop <be_tra...@...> wrote:
>
> kalo Market Naik Cuan Gede "Ku Tunggu Jandamu Manohara"
> 
> heheheheh
> 
> 
> 
> --- On Mon, 6/1/09, Kabu Nusi <megasho...@...> wrote:
> 
> From: Kabu Nusi <megasho...@...>
> Subject: Re: [ob] SENEN ade BIG BANG .....
> To: obrolan-bandar@yahoogroups.com
> Date: Monday, June 1, 2009, 4:17 AM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>     
>             
>             
> 
> 
>       
>       
> ndak usah bakar Pak, cukup stop ekspor, armada ambalat pindah ke selat malaka 
> dan kepulauan riau ... harga naik BMD, local bs punya alasan untuk hike the 
> domestic price   
> 
> 
> 
> 
> --- On Mon, 6/1/09, Cougar Boy <boysngi...@gmail. com> wrote:
> 
> From: Cougar Boy <boysngi...@gmail. com>
> Subject: Re: [ob] SENEN ade BIG BANG .....
> To: obrolan-bandar@ yahoogroups. com
> Date: Monday, June 1, 2009, 4:08 AM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>         
> 
> 
> 
>  
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> ganyang malaysia
> bakar kebut sawit
> biar CPO naek :D
> 2009/6/1 Bayu Kusuma <bayu_kusuma_ wardhana@ yahoo.com>
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>     
>             
>             
> 
> 
>       
>       Manohara pulang brarti market naik.....hehehehehe
> 
> --- On Mon, 6/1/09, qasuaribo <qasuar...@yahoo. com> wrote:
> 
> 
> From: qasuaribo <qasuar...@yahoo. com>
> Subject: [ob] SENEN ade BIG BANG .....
> To: obrolan-bandar@ yahoogroups. com
> 
> Date: Monday, June 1, 2009, 12:02 AM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>     
>       
>       Kemaren pade ribut, ari ini bakalan (SENEN) bakalan ade kejuta BESAR 
> kayaknye eh ternyata BENER LHO......MANOHARA dah PULANG kekekekekekkk
>


Kirim email ke