Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Tarikh : 31 Mei 2009 Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang Bayaran : Percuma
Tempat :- Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre Tingkat 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia. Laman web : http://www.mscmalaysia.my/opensource MSC Malaysia Open Source Group @ Facebook http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399 *** Masuk Adalah Percuma Hari Hackathon. Datang dan Daftar *** Hari Hackthon Sempena MSC Malaysia Open Source Conference 2009 merupakan hari dikumpulkan semua komuniti-komuniti OSS Malaysia. Hari Hackathon pada Ahad. 31 Mei 2009 merupakan acara permulaan kepada persidangan ini. Berlangsung di tempat yang sama, Tkt 14, Berjaya Time Square. dan masuk adalah percuma untuk semua. Maka datanglah beramai- ramai. Kepada anda yang tidak dapat hadir sepenuhnya hari persidangan, ambil peluang Hari Hackathon untuk bertemu dengan para penceramah-penceramah luar negeri yang tiba lebih awal. Berkenalan dengan penceramah dari PCBSD, Google, Ubuntu, Novell dan ramai lagi. Ambil peluang untuk belajar dan mengetahui banyak perkara kerana Hari Hackathon menyediakan pelbagai acara serentak. Antaranya :- Kelas pembangunan perisian dalam OSS, oleh ketua projek Adempire ERP. Menarik untuk anda yang berminat untuk menyumbang dalam dunia OSS atau kepada syarikat-syarikat yang mahu mempelajari pembangunan cara OSS yang kini menjadi "trend" banyak syarikat-syarikat ICT. Anda juga boleh menangi pakej ke mana-mana dalam dunia bagi yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Adempire ERP. Datang sertai untuk mengetahui dan menyertai. Bagi yang ingin mencuba Sistem Operasi dalam OSS seperti Linux, BSD dan OpenSolaris, sebuah dewan besar disediakan untuk Installfest. Pelbagai pilihan Linux disediakan seperti Ubuntu, Fedora dan OpenSuse. Ini termasuk sistem operasi seperti PCBSD dan OpenSolaris. Jangan terkejut, kerana semua sistem operasi ini mula menguasai pasaran komputer seluruh dunia. Bagi yang menghadapi masalah dalam penggunaan Linux seperti Ubuntu, Open Suse dan Fedora, dan juga PCBSD, bawa komputer anda dan berjumpa dengan kumpulan pakar dalam komuniti dan semuanya adalah percuma. Bila lagi, setahun sekali ini komuniti-komuniti Linux dan OSS berkumpul. http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856 Ubuntu turut mengadakan Ubuntu Release Party sempena keluaran Ubuntu versi 9.04 pada malam hari Hackathon. Jemput hadir. Hari Hackathon turut menjadi hari akhir bagi pertandingan LAMP2WIN. Pertandingan yang mempamerkan kemahiran perserta dalam PHP untuk membolehkan aplikasi PHP menggunakan Microsoft MSSQL. Undi kumpulan yang anda minat, tanya mereka apa yang anda ingin tahu. Yang penting pastikan semuanya menjadi OSS. Kehadiran anda adalah penting. http://www.lamp2win.com/ Bagi anda yang terlibat dengan pembangunan aplikasi web tentulah soal keselamatan adalah keutamaan anda. Server kena crack? Server kena tukar halaman depan, server menghantar email spam semua itu adalah masalah keselamatan. Hari Hackathon menyediakan satu dewan khusus untuk anda bertemu dengan pakar keselamatan dari MyCERT, Cybersecurity. Bawa komputer riba anda dan belajar daripada mereka apa yang anda perlu tahu, Percuma. Redhat turut menyumbang dengan mengadakan satu acara sehari yang merangkumi pelbagai topik bagi anda yang berminat dengan Fedora. Untuk makluman, topik-topik ini tidak hanya khusus untuk Linux Fedora malah ia boleh disesuaikan Ubuntu, Open Suse dan Linux yang lain, malah PCBSD dan OpenSolaris juga. Bagi mempelbagaikan lagi Hari Hackathon, Jobstreet turut membuka ruang pendaftaran, penerangan dan bengkel. Daftar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik yang mungkin anda tidak ketahui. Maka apa lagi, dalam ekonomi yang lesu ini masih ada peluang dalam pasaran pekerjaan. Semuanya percuma pada Hari Hackathon kecuali makan minum anda perlu beli sendiri. :) Makanan dan minuman ringan hanya disediakan kepada peserta berdaftar penuh sepanjang hari-hari persidangan. Acara kemuncak bagi MSC Malaysia Open Source Conference 2009 adalah perasmian "Open Source Developers Club" di Malaysia atau ringkasnya OSDC.my. Ia akan dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dan ia merupakan satu permulaan kepada satu usaha membangunkan industri pembangunan perisian Malaysia dalam OSS. Jika sebelum ini kita hanya pengguna, sudah sampai masa untuk menjadi penyumbang. Buktikan kepada syarikat-syarikat besar seperti Google, RedHat, Novell dan pelbagai lagi. Malaysia Boleh !!! Secara ringkasnya Persidangan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 ini jangan dilepaskan oleh sesiapa. Sama ada pengguna atau peminat OSS atau tidak ia adalah ruang ilmu untuk meningkatkan lagi kemampuan rakyat Malaysia dalam bidang ICT. Kita boleh buktikan kita mampu dan boleh. Tiada alasan untuk tidak hadir kerana tiada ada lagi persidangan seperti ini. MSC MALAYSIA Client Contact Centre (CLiC) 1-800-88-8338 (within Malaysia) +603 8315 3000 Email : clic at mdec.com.my Laman Peminat Di Facebook http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651 --- OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce OSCC MAMPU Facebook. http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916