Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia, Yg. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menganjurkan "Anugerah Kajian Kes Open Source Software (OSS)" bersempena dengan Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON 2010) yang akan diadakan pada 2-3 November 2010. 3. Tujuan Anugerah Kajian Kes OSS ini diadakan adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan OSS di agensi Sektor Awam dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga untuk merangsang pembangunan dan penggunaan aplikasi perisian sumber terbuka di Malaysia bagi menyokong Pelan Induk OSS Sektor Awam. Pertandingan ini dikategorikan kepada dua kumpulan:- i) Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam ii) Kumpulan 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 4. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan agensi Yg. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dengan menghantar seberapa banyak Kajian Kes OSS berkaitan. Terma & Syarat Pertandingan boleh dimuat turun dari laman web di http://mygosscon.oscc.org.my/2010/casestudy. Pemenang dan finalis akan diberi pengiktirafan dan akan dianugerahkan sijil. Sijil akan diserahkan semasa Persidangn MyGOSSCON 2010. 5. Kajian Kes OSS yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum 27 Ogos 2010 kepada casest...@oscc.org.my. Sekiranya fail kajian Kes OSS terlalu besar untuk dihantar melalui emel, mohon pihak Yg. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan menyediakan pautan bagi fail tersebut. Sekian, terima kasih. -- Yang benar, Stanly Tan Open Source Competency Centre, MAMPU Lot E302-E304, Enterprise Building 3, 63000 Cyberjaya, Malaysia. Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206 URL: http://opensource.mampu.gov.my -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is believed to be clean. _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214 "OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."