IAP pada 10hb November ini adalah yang ke 12. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=451831
Sepertimana yang kita semua arif tentang IAP selama ini, ia lebih dikuasai oleh wakil-wakil syarikat gergasi dan kepentingan dunia yang semestinya hanya ingin menjual barangan mereka kepada kita secara licik. Mengapa tiada wakil dari komuniti tempatan? Atau apakah kita belum berhak bersuara dalam kumpulan yang amat elit ini? Kita cuma mau suara kita disamping suara luar secara sama-taraf dan adil. ICT adalah lebih daripada soal menjual kotak CPU dan peralatan IBM, HP, Dell, Cisco, HuaWei maupun lesen Microsoft yang berjumlah 4 billion ringgit dan sebagainya. Kita perlu kepentingan negara dan rakyat kita seperti soal membina modal insan dan generasi berempunyaan kuasa K-ekonomi dipertahankan. Perjumpaan IAP mendapat sumber dan perhatian yang begitu besar tahun demi tahun tanpa soal dari mana-mana pihak. Saya dengar bahawa ada 10 nama elit antarabangsa yang akan memberi pendapat mereka tentang rancangan MSC akan datang. Apakah kita perlu pendapat kuasa asing di sini? Dimana letaknya maruah dan semangat patriotik kita? Sudah tiba masanya persatuan kami OSDC.my menengahkan isu ini untuk dibincangkan. red1 --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com To unsubscribe from this group, send email to osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---