Minggu lepas ketika saya berada di Paris menyertai Paris JUG (Java User Group), saya perhati ramai yang menggunakan Windows walaupun berbincang pasal Java punya FOSS. Pencipta JBoss, iaitu Marc Fleury pun memberi syarahan kerana dia memang orang Perancis. JBoss sudah dijual olehnya ke RedHat. Jutawan lah dia ni. Budaya sana pun kuat mengikuti Google dan lebih suka GWT daripada ZK Ajax yang digunakan dalam ADempiere. Kemudian terbang ke Munich, terkandas kerana salji dan bermalam di lapangan terbang Amsterdam. Semasa menunggu penerbangan pengganti keesokan pagi, perhati PC bimbit orang sekeliling mengunakan OS windows. Dalam kapal terbang kembali ke KLIA sebelah saya pula seorang freelancer Belanda yang buat CMS pakai C# yang Open Source tetapi windows based. Dia kata tak terfikir mau pergi ke Java. Gembira seorang diri kompeni sendiri tanpa pekerja. Masa itu dia ingin bercuti ke Australia.

Kesimpulannya banyak kuasa pengaruh dari gergasi komersil dunia yang menentukan hala tuju sekarang bercampurkan FOSS.

--
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke