Kita perlu bermula. Sama ada kita suka atau tidak dengan cara mereka,
we have to make that move.

Saya hendak bertanya kepada semua. Hendak yang mana satu sekarang,
selepas banyak projek OS Malaysia berkubur atau dormant, daripada
Ketupat Linux (adoi mesti kena alert lagi nanti ni), Embun, KOMNAS
(lupa nama projek) dan beberapa lagi.

1) Kita kondem dan kutuk dan mengata sampai thread ni beribu-ribu
email tapi satu haram cadangan yang bergerak dan usaha alternatif atau
usaha untuk berhubung dan untuk ke depan. Adakah kita mampu untuk jauh
ke depan melawan big company yang banyak duit. Jangan hanya berjuang
dengan pendapat dan padangan sahaja. Action needed. Jangan jadi
pengikut jadilah leaders.

Lepas tu bising dengan kerajaan tiada dana tiada peruntukan sedang,
apa yang kita buat sekarang hanya menjadikan kita dipandang negatif
oleh kerajaan.

Setiap langkah mereka yang mahu menggunakan OSS kita lawan dan siasat
sehingga ke akar ubi mengalah isteri cumburu suami keluar malam pulak
nampaknya. Periksa HP, periksa email dan periksa entah apa lagi.

Patutlah banyak syarikat tak mahu nak bantu kita. Kita ni dianggap
macam melepas anjing yang tersepit. Sudah diberi sokongan (wang dan
hubungan) kena kutuk balik.

Pilihan ke dua

Kita bantu dan kita tunjukkan jalan. Kita jumpa mereka dan kita bantu
apa yang mereka perlu untuk menjadikan ia seperti apa yang kita
hendak.

Tapi timbul satu lagi soalan, apa sebenarnya kita hendak? sedangkan
lesen OSS ni ada berpuluh yang menunjukkan ada pelbagai pendapat
tentang pelaksanaan OSS.

So fikir-fikirlah....

Saya mengambil pilihan kedua. Saya telah berhubung dengan FiMOS,
berjumpa dengan mereka, malah ada CD FiMOS yang saya akan pasang nanti
bila ada kesempatan. Saya akan cuba berikan pandangan dan bantuan mana
yang saya mampu dalam memastikan usaha mereka berjaya. Bagi saya jika
projek ini pun gagal, baik kita jangan buat OS kita sendiri.

Sebab apa FiMOS? Tidak SimpleLinux dan OShirix dan yang lain. Sebab
FiMOS telah ambil risiko ke depan yang melibatkan pelaburan modal
sendiri dan politik. Dan juga tidak kurang 20 orang kakitangan yang
telah berusaha untuk menjayakan projek ini. Besar risiko mereka.

Jika kita dalam komuniti tidak bersama membantu siapa lagi? Berani ke
kita? atau kita hanya berani menulis dalam email ini dan cakap
sahaja....

Damp, sedih betul saya.

Kerajaan dan masyarakat ada pandangan lain tentang bagaimana mereka
menilaikan sesebuah projek itu berjaya. Sekali sekala jangan fikir
tentang kita sahaja. Kita ni komuniti kecil aje. Tak ramai tapi maaf
saya kata, kita ni berlagak....

Daripada banyak penulisan, maaf saya kata, kita ini selfish. Terlalu
pentingkan diri sehingga memandang sebelah mata usaha orang lain.....

Wassalam.

Harisfazillah Jamel

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke