Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya menerima khabar dari seorang rakan kita. Dugaan hidupnya
banyak, hilang kerja dan hilang segalanya. Ini bukan pertama kali saya
mendengar cerita sedih begini.

Ada rakan-rakan kita yang berhutang bank, makmal latihan tidak berjaya
:( ada yang berhutang kerana modal pusingan, dan bayaran yang terima
lambat, ada yang tidak dapat bekerja kerana tidak sihat, dan pelbagai
lagi.

Satu masa dahulu saya wujudkan network hubungan antara freelancers OSS
yang kami namakan MOSCA. Malaysia Open Source Software Consultant
Alliance (MOSCA) yang bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan hubungan
bagi mencari rezeki sesama OSS freelancers. Yang paling utama menjadi
badan bertindak kepada mana-mana pihak yang tidak membuat bayaran
kepada freelancers.

Kemudian dengan wujudkanya OSDC.my dan semakin rapat kita dalam
komuniti OSS, ianyanya dianggap mencapai matlamat dan matlamat diatas
dikongsi dalam OSDC.my dan komuniti OSS.

Saya melihat KOSTEM adalah untuk kebajikan kita semua terutamanya
mereka yang mencari sumber rezeki melalui freelancing. Mana-mana
koperasi yang diwujudkan adalah untuk kebajikan ahli. Kemudahan yang
disediakan adalah untuk membantu ahli dalam menjayakan pelbagai
perkara. Antara contoh  :-

1) Diskaun bagi perkakasan dan perkhidmatan sesama ahli koperasi

2) Kelas dan latihan kepimpinan, perniagaan, motivasi dan kepakaran
tertentu dengan harga patut kepada ahli.

3) Kemudahan pinjaman untuk perkakasan, jika koperasi lain sediakan
kemudahan pinjaman kenderaan, kita mungkin untuk perkakasan komputer.

4) Pinjaman pelajaran untuk persijilan khas seperti RHCE dan LPI

5) Sumbangan dan kemudahan waktu bencana atau musibah untuk ahli-ahli
seperti khairat kematian dan sakit kritikal.

6) Kerja sama untuk mewujudkan Insuran dan takaful dengan syarikat
Insuran dan takaful. Didapati ramai freelancers tidak ada kemudahan
ini


Contoh-contoh diatas memerlukan KOSTEM terlibat dalam perniagaan untuk
mengumpul dana. Saham dan yuran ahli tidak cukup untuk rancangan
diatas. Namun dengan koperasi adalah untuk kebajikan Semua, padangan
saya, KOSTEM perlu memikirkan cara ajar KOSTEM tidak menjadi saingan
kepada perniagaan ahli-ahli. Ia boleh menyebabkan pilihan KOSTEM
terhad.

Catatan saya ini hanya garapan untuk renungan kita semua. Tanpa
penglibatan dan penyertaan aktif kita, apa jua yang dirancangkan oleh
kita tidak boleh berjaya. Kita ini tidak ramai, hanya kita sahaja yang
boleh tentukan masa depan komuniti OSS adalah kita.

Bagi yang berminat untuk koperasi sila sertai senarai email KOSTEM di

https://groups.google.com/d/topic/koperasi-oss

Satu perjumpaan rasmi akan diadakan pada 26 Mar 2011 di HackerspaceKL
2ptg hingga selesai. Perbincangan ini perlu bagi mewujudkan momentum
untuk langkah seterusnya.

Maklumat perjumpaan di Wiki KOSTEM:
http://wiki.kostem.my/index.php/Mesyuarat_dan_Perjumpaan (tidak dapat
diakses sementara, wiki sedang dipindahkan)

Lokasi HSKL:

HackerspaceKL

21B, Jalan SS21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

3.13622,101.621046

Cari Paparich ... Sesat telepon saya 019-6085482 dan Fazli Azran

http://www.hackerspace.my/location (perjumpaan ini diadakan selepas
Bengkel inter-distro yang diadakan sebelum itu. Lanjut di

http://bit.ly/eQ45z2 & http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=203868826305228

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM)

Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

Kirim email ke