Tuan/Puan,

Maaf jika post ini tidak sesuai untuk mailing list ini. Sekadar mahu
berkongsi, dan berkempen. 2 daripada 3 video penyertaan SK Sena telah
terpilih sebagai sebahagian daripada 10 video terbaik Pertandingan
Kreatif Sains dan Matematik anjuran Institut Terjemahan Negara
Malaysia. Kini, semua 10 video yang terpilih sedang bersaing pula
untuk merebut anugerah Video Paling Popular. Bagi yang berminat untuk
mengundi, anda perlu LIKE Facebook ITNM di http://www.facebook.com/klikITNM
dan like pada dua video terbitan SK Sena seperti berikut:-

1. Tuhan... Di Mana Cahaya dan Warna
2. Dari Tanah ke Hospital

Sesuatu yang mungkin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan ialah
bahawa semua tiga video terbitan SK Sena dihasilkan sepenuhnya oleh
murid-murid Tahun 4 - 6 menggunakan perisian sumber terbuka
sepenuhnya, khususnya sistem operasi GNU/Linux (Ubuntu 10.04),
Kdenlive untuk suntingan video dan ffmpeg untuk 'format conversion'.

Video-video asal boleh didapati di YouTube pada alamat-alamat
berikut:-

1. http://www.youtube.com/watch?v=VlHVWtrGbhc
2. http://www.youtube.com/watch?v=9fzaLko72kU
3. http://www.youtube.com/watch?v=n3hCRGtcIY0

Terima kasih atas perhatian dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan.

AHMAD FERDAUS BIN ABD RAZAK
Pembantu Teknikal
S.E.N.A CyQUEST
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar
Perlis
www.sksena.edu.my

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Malaysia Open Source Conference 2011
MOSC2011 http://blog.mosc.my/ and http://www.mosc.my/

Milking the Cloud Competition for MOSC2011

http://www.mosc.my/articles/item/7-milking-the-cloud-competition-for-mosc2011

Kirim email ke