Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Untuk makluman semua, Ahli Jawatankuasa Penaja telah berjaya mengumpulkan
minima bakal anggota untuk koperasi sumber terbuka seperti yang digariskan
oleh SKM. Oleh kerana ramai dari Selangor - dan percubaan untuk membuka
keanggotaan seluruh Malaysia tidak berjaya - koperasi yang bakal ditubuhkan
nanti akan beroperasi di Selangor. Borang permohonan sudah dihantar
(online). Sekarang hanya tunggu maklum balas daripada SKM. Harap tak banyak
masalah.

SKM menasihatkan nama koperasi termasuk nama kawasan operasi, jadi nama yang
dicadangkan menggantikan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad seperti
dipersetujui sebelum ni adalah *Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad* dan
*Koperasi Sumber Terbuka Malaysia (Selangor) Berhad*. *(p/s: Kalau dapat
yang kedua tu bagus jugak, dapat kekalkan akronim KOSTEM)*

*Projek*

Apabila dah ditubuhkan, antara *pilot project* yang akan dijalankan adalah
penerbitan majalah sumber terbuka. Boleh tengok hasil berbincangan berkenaan
*Kod Sumber* di wiki <http://wiki.kostem.my/index.php/Majalah>.

Terima kasih.

-- 
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke