Penyataan akbar bersama Malaysia Social Media Foundation (MSMF) -
Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia (PSBSTM) Bertempat di Bilik Bunga Kenanga, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada April 11, 2012, satu mesyuarat telah menetapkan beberapa resolusi untuk pertimbangan sewajar oleh Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI), Kerajaan Malaysia. MSMF telah menganjurkan satu mesyuarat penubuhan NGO baru, Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia (PSBSTM) yang dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan. Mesyuarat telah menjalankan satu debat mengenai Akta BCPM di mana 12 ahli menolak sama sekali, 11 ahli ingin ia dirombak dan tiada ahli yang menyokong Akta tersebut dalam bentuk sedia ada. MSMF dan PSBSTM bersama menggesa kerajaan menimbang semula Akta tersebut yang bakal dikemukakan di Parlimen supaya diberi kajian yang lebih mendalam dengan mengambil kira pihak-pihak yang menjadi sasaran Akta berkenaan iaitu golongan pelajar ICT, golongan pekerja ICT dan golongan usahawan ICT. Kami merasakan bahawa Akta yang dicadang itu menumbulkan pelbagai persoalan dikalangan kita pengamal ICT negara terutamanya yang mendokong perisian bebas dan sumber terbuka. Walaupun Akta tersebut mempunyai niat yang baik iaitu mempertingkatkan mutu nilai perlaksanaan projek ICT di negara ini kepada tahap mutu dunia, kami merasakan cara dan kaedah yang terkandung dalam Akta tersebut adalah tidak jelas, mungkin berat sebelah kepada pandangan satu pihak sahaja dan masih kabur. Beberapa butiran dalam Akta tersebut menimbulkan soalan berikut: 1. Apakah rang undang-undang ini bersamaan dengan apa yang diketahui umum sebagai 'Professional Technologists Bill'? 2. Apakah perisian bebas dan sumber terbuka serta produk atau projek berkaitan dengannya tertakluk dan bagaimana ianya tertakluk dalam Akta tersebut? 3. Apakah pengamal perisian bebas dan sumber terbuka terlibat sama dan bagaimana mereka akan didaftarkan sepertimana yang dianjurkan dalam Akta berkenaan? 4. Bagaimana tentang projek perisian bebas dan sumber terbuka luar negara? Apakah cara lesen bebas, anggota pembangun perisian dan kerja mereka jatuh di bawah kawalan Akta? 5. Bolehkah dipastikan yang Akta ini dikemukakan tanpa dikawal oleh mana-mana satu pihak sahaja? 6. Bolehkah dipastikan yang proses pendaftaran para pakar ICT dan pensijilan atau piawaian setaraf dengan peringkat dan cita-rasa dunia dengan cara telus dan tidak berat sebelah? Kami juga ingin menggesa MOSTI supaya menimbangkan peranan MNCC sebagai badan pilhan kami untuk menjalankan urusan proses pendaftraan dan piawaian tersebut. Kami akan mengadakan perbincangan seterusnya dengan MNCC secara teknikal bagi mencapai maksud tersebut. Kami berharap MOSTI akan mengadakan lebih banyak perbincangan secara teknikal dengan kami bagi mencari satu jalan penyelesaian yang manasabah dan menyakinkan. Sekian terima kasih, Yang Berkhidmat Redhuan D. Oon (Presiden MSMF) bagi pihak mesyuarat salinan kepada Zam (s/u kerja) dan Dato' Radzi Abdul Latif (pengerusi MSMF) -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information OSDC.my Discussion Group In Facebook http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Malaysia Open Source Conference 2012 MOSC2012 http://portal.mosc.my/ |
- [osdcmy] Penyataan akbar bersama Malaysia Social Medi... red1
- [osdcmy] Re: Penyataan akbar bersama Malaysia So... Mohamad Imran Ishak