Hari Keselamatan ICT - OWASP Day Malaysia 2011 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai OWASP Day Malaysia 2011 Hari The Open Web Application Security Project 2011 atau dengan ringkasnya OWASP Day Malaysia 2011 adalah acara julung kali diadakan. Ia adalah anjuran bersama OWASP Malaysia dan Malaysian Institute of Information Technology (MIIT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIIT) dengan kerja sama Open Source Developers Community Malaysia (OSDC.my) Ia akan diadakan dari 20 hingga 21 September 2011 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi https://www.owasp.org/index.php/OWASP_Day_KL_2011 http://owasp.csscmiit.com/index.html OWASP Day Malaysia 2011 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi perbincangan dua hala yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia keselamatan komputer. Iaitu pembangun perisian berasaskan web (web application), sektor swasta dan kerajaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan, diseluruh negara terutama anda yang terlibat dalam keselamatan ICT. Ini adalah peluang yang amat baik untuk anda meningkatkan keupayaan teknologi keselamatan ICT kepada organisasi anda dan membina rangkaian hubungan kepakaran. Senarai penuh penceramah-penceramah dan jadual terkini OWASP Day Malaysia 2011 boleh dirujuk di laman web https://www.owasp.org/index.php/OWASP_Day_KL_2011#tab=Agenda Pendaftaran dan bayaran penyertaan diuruskan oleh MIIT UNIKL http://owasp.csscmiit.com/owaspRegistration.html Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Jawatan kuasa penganjur di alamat emel [email protected] atau rujuk kepada laman web ini untuk no telepon hubungan ahli jawatan kuasa http://owasp.csscmiit.com/owaspRegistration.html Facebook Event Page OWASP Day Malaysia 2011 http://www.facebook.com/event.php?eid=103809379720876 UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) http://www.unikl.edu.my/ OWASP Malaysia https://www.owasp.org/index.php/Malaysia The Open Web Application Security Project (OWASP) https://www.owasp.org/ OSDC.my https://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Sekian, Terima Kasih. Harisfazillah Jamel Bagi pihak penganjur OWASP Day Malaysia 2011 3 September 2011 Untuk simpanan dan rujukan http://blog.harisfazillah.info/2011/08/owasp-day-kl-2011-malaysia-open-web.html Email MailChimp Hari Keselamatan ICT - OWASP Day Malaysia 2011 - http://eepurl.com/fA5LA _______________________________________________ OWASP-Malaysia mailing list [email protected] https://lists.owasp.org/mailman/listinfo/owasp-malaysia OWASP Malaysia Wiki http://www.owasp.my OWASP Malaysia Facebook http://www.facebook.com/OWASP.Malaysia OWASP Malaysia Twitter #owaspmy http://www.twitter.com/owaspmy

