budak kedah diperantauan
abuhafizd wrote:
Bagaimana pula dengan pengisytiharan Malaysia Negara Islam?, adakah
ia tidak menjatuhkan imej Agama kerana ia tidak menepati kehendak
agama seperti mempunyai Pusat judi terbesar Asia?..******************************************************************
MACHANG, 30 Sept (Bernama) -- Pengisytiharan Kota Baharu sebagai
Bandaraya Islam, Sabtu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baik
agama sekiranya pengurusan bandaraya itu tidak menepati kehendak
Islam, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul
Hamid Othman.Beliau berkata ini kerana agama Islam menitikberatkan pelbagai aspek
yang perlu disempurnakan, termasuk kebersihan, kemudahan asas,
keceriaan dan taraf hidup penduduknya."Bagaimana kalau ada orang luar datang dan bertanya inikah agama
Islam yang dikehendaki sekiranya didapati bekalan air tidak
mencukupi, orang-orang Islam mendiami rumah yang hampir roboh, dan
sampah merata tempat," katanya kepada Bernama Khamis, ketika diminta
mengulas tentang majlis pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Baharu
Bandaraya Islam yang akan disempurnakan Sultan Kelantan Sabtu.Dr Abdul Hamid berkata bandaraya Alor Star di Kedah adalah lebih baik
dalam beberapa aspek berbanding dengan Kota Baharu, tetapi ia tidak
punyai sebarang cadangan untuk mengisytihar diri sebagai bandaraya
Islam.Beliau berkata Islam tidak mementingkan pada nama kerana ia boleh
mengelirukan orang awam, dan apa yang diperlukan ialah pihak berkuasa
sesebuah bandar itu dapat menyediakan bekalan makanan yang cukup,
rakyat yang sihat dan tiada huru hara.Terdahulu Dr Abdul Hamid telah merasmikan Seminar Pendedahan Islam
Hadhari peringkat negeri di sini yang dihadiri lebih 370 peserta yang
terdiri penyelia penggerak masyarakat dan guru-guru fardu Ain (Kafa).
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.