Gempa bumi: PAS ucap takziah, pelawa orang ramai hulur sumbangan
Date: Monday, October 10 @ 12:56:13 MYT
Topic: Main News


Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - PAS melahirkan rasa simpati dan 
takziah terhadap mangsa-mangsa tragedi gempa bumi yang melanda 
Pakistan pada hujung minggu lalu.

 

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang dihubungi 
Harakahdaily hari ini, merayu agar masyarakat antarabangsa 
menumpukan usaha bagi menyelamat dan melindungi mangsa gempa bumi di 
sana. 

(Setiausaha Pertama Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur, Ameer Khurram 
Rathore, menerima ucapan takziah dari Setiausaha Agung PAS) 

Menurutnya, atas dasar perihatin dan kemanusiaan Pengerusi Lajnah 
Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Nawawi akan 
melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan hari ini. 

"Tabung tersebut dilancar atas nama Parti Islam Semalaysia iaitu 
melalui nombor akaun Maybank: 564070703248. 

"Selain itu saya dan Dr Syed Azman serta beberapa pemimpin lagi 
telah menziarahi pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Jalan 
Ampang, bagi menyampaikan takziah dan simpati PAS," katanya. 

Dalam pada itu katanya, PAS sedang menilai suasana dan keadaan 
tragedi untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti menghantar 
pasukan kemanusiaan. 

"Kita merayu sekali lagi agar rakyat Malaysia khasnya menunjukkan 
sifat keperimanusiaan dan keperihatinan bagi menghulurkan bantuan 
kepada mangsa gempa bumi di Pakistan," katanya lagi. 

Sementara itu, orang ramai yang bersimpati terhadap mangsa gempa 
bumi di Pakistan yang mengorbankan lebih 20,000 orang dipelawa untuk 
menghulurkan bantuan seperti barangan keperluan harian. 

Satu kaunter bantuan bagi mangsa-mangsa Pakistan akan dibuka di 
ruang legar Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar bermula esok (11 
Oktober 2005) mulai jam 6 petang. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan derma dan sumbangan berupa 
pakaian, selimut, alas tidur, ataupun wang dan makanan bolehlah 
menyerahkan bantuan terus di kaunter berkenaan. 

Menurut AJK Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd 
Noor, kaunter berkenaan akan dibuka setiap hari dan orang ramai 
bolehlah menyerahkan bantuan kepada wakil mereka di sana. 

Katanya, di samping itu pihaknya juga mengadakan program Tabaraq 
Ramadhan iaitu 'Sekampit Beras untuk Satu Keluarga' yang juga 
bermula pada hari esok. 

Orang ramai yang berminat untuk bersedakah kepada fakir miskin, 
boleh menghubungi Suhaimi Abd Aziz di talian 03 61899269 atau 
Ridhuan di talian 019 3728844. 
- mks. 




--- In perakan@yahoogroups.com, Perdana Mailer <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
>
> Bagaimana jika anda diberi peluang menjana pendapatan secara 
online...
>                                                                    
   
>               
> 
> Yang tidak memerlukan anda berhenti dari apa sahaja profession anda
> sekarang 
> 
> Yang boleh berfungsi secara automatik untuk anda tanpa memerlukan 
anda
> berjaga 
> 
> Yang membenarkan anda bercuti atau berada di mana sahaja tapi tetap
> manjana hasil 
> 
> Yang akan membayar kepada anda secara  on time setiap bulan tanpa
> gagal 
> 
> Yang tidak memerlukan anda menjadi seorang pakar di bidang IT untuk
> memulakannnya 
> 
> Inginkah anda mengetahui bagaimana cara mereka 
melakukannya ?         
>                                                                    
 
> 
> Lawat 
> 
> http://ringgit.street-racer.cc
> 
> Hari ini!!!
> 
> ***********************
> This is not a spam email, this email was submit to yahoogroups, you
> receive this
> email is because you are the member of yahoogroups where you agree 
to
> receive
> email send from other groups member. Thank you.
> ***********************
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to