KOTA BHARU, 13 Okt – Usaha bagi merealisasikan sepenuhnya Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam (BRI) turut mendapat sokongan golongan profesional apabila mereka melahirkan hasrat untuk bersama mengembelingkan tenaga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Takiyuddin Hassan seorang profesor bersedia menyumbangkan hasil kajian terutamanya berkaitan cara menambahkan hasil pendapatan khususnya melalui sektor pelancongan.

“Sebagaimana Melaka Bandar Raya Bersejarah yang memperolehi hasil pendapatan melalui pelancongan, begitu juga kita akan berusaha untuk ke arah itu,” ujarnya di sini.

Menurutnya produk pelancongan yang berteraskan Islam menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini dan ia tidak terdapat di negeri-negeri lain.

Takiyuddin juga turut memberitahu, pihaknya akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak termasuk beberapa menteri untuk berbincang bagi memajukan lagi Kota Bharu BRI.

Selain itu, menurutnya pembangkang di negeri ini juga turut bersedia membantu kerajaan negeri melalui kepakaran yang dimiliki masing-masing. Beliau juga mengucap terima kasih kepada semua media yang membuat liputan berhubung perisytiharan Kota Bharu sebagai BRI, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata konsep ‘gerai makanan terbuka’ akan dibina bagi menggantikan kedai yang terbakar di Pasir Mas, baru-baru ini.

Katanya, gerai berkenaan akan dibina segera bagi membolehkan orang ramai membeli juadah berbuka puasa sempena Ramadan sekarang. Menurutnya, gerai berkenaan akan diberi keutamaan kepada pemilik kedai yang terbakar, sebelum turut diisi pemohon lain.//Hrkh


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke