KENYATAAN MEDIA Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) akan memantau pilihanraya kecil Pengkalan Pasir bermula dari hari penamaan calon pada 27 November 2005 hingga selesai pengundian dan pengiraan pada 6 Disember 2005.
Pemantauan pilihanraya kecil ini adalah usaha bersama yang dicapai melalui keputusan Rundingan MAFREL-NGO Mengenai Pemantauan Pilihanraya pada 20 November 2005 di Kuala Lumpur yang melibatkan Malaysian Voters Union (MALVU), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Women's Development Collective (WDC), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Civil Rights Committee Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-SCAH), Centre for Electoral Reform Institute (CERI), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA). Pemantauan pilihanraya ini bertujuan untuk menyumbang ke arah proses dan perjalanan pilihanraya yang bebas, adil, berwibawa dan aman, dengan melibatkan pengerahan seramai 16 orang pemantau untuk bertugas memantau aktiviti-aktiviti kempen pilihanraya dan hari mengundi. Disamping itu, MAFREL akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang bersangkutan dengan daftar pemilih khasnya bagi mengesan dan menjejaki kemungkinan wujudnya "pengundi hantu" dalam pilihanraya kecil tersebut. MAFREL juga akan menawarkan khidmat kepada semua calon-calon dan parti yang bertanding dalam melatih ejen-ejen tempat mengundi dan ejen-ejen mengira bagi memastikan proses pengundian dan pengiraan disempurnakan dengan lancar dan menepati kehendak undang-undang pilihanraya dan piawaian antarabangsa. Abd Malek Hussin Pengerusi MAFREL MAFREL (640757-M) Malaysians for Free and Fair Elections 19-A Jalan 3/23B Taman Danau Kota Setapak 53300 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +603-40229575 Fax: +603-40255561 MAFREL ialah sebuah badan pemantau pilihanraya independen yang dibentuk pada 18 Oktober 2003 dan didaftarkan pada 27 Januari 2004. Sejak penubuhannya, MAFREL menjalankan usaha kajian daftar pemilih bagi negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk mengkaji kesahihan daftar pemilih dan permasalahan pengundi hantu. MAFREL mempunyai pengalaman dalam pemantauan pilihanraya dan telah diundang menyertai pelbagai misi pemantauan pilihanraya antarabangsa di Sri Lanka, Filipina, Indonesia, Hong Kong, Afghanistan, Thailand dan Mesir. MAFREL juga sedang mengatur usaha pemantauan bagi pilihanraya umum ke9 Dewan Undangan Negeri Sarawak. //Malaysia-today ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 1.2 million kids a year are victims of human trafficking. Stop slavery. http://us.click.yahoo.com/WpTY2A/izNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/